Page 255 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 255
Batu 19, Jalan Pontian, 81300 Skudai, Johor
madhavanjisha344@gmail.com
Inovasi yang dihasilkan ialah ‘Membina Ayat Dengan Menggunakan Teknik Padang
Bola OKABEKA’. Melalui inovasi yang diperkenalkan ini, pelbagai jenis ayat boleh
dibina oleh murid. Objektif teknik padang bola OKABEKA ini ialah murid boleh
mencungkil kemahiran berfikir (Kognitif) untuk membina pelbagai jenis ayat dengan
mudah, cepat dan tanpa membazirkan masa berpandukan gambar atau tanpa
gambar. Murid juga boleh menulis ayat, karangan dengan struktur ayat yang betul
dengan menggunakan teknik padang bola OKABEKA ini yang mempunyai pelbagai
unsur iaitu kemahiran berfikir, pendekatan permaianan, konkrit kepada abstrak,
mudah kepada kompleks. Teknik OPBKA merujuk kepada O-ORANG, KA-KATA
KERJA, B–BENDA, KA–KATA ADJEKTIF. Inovasi ini boleh digunakan oleh murid
Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Sekolah
Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil. Dengan menggunakan TEKNIK PERMAINAN
OKABEKA ini, murid-murid dapat membina ayat mengikut struktur ayat dan
gramatis yang betul. Murid yang tidak tahu menulis ayat berpandukan gambar pasti
boleh menulis ayat dengan baik dengan menggunakan struktur ayat yang lengkap.
Teknik OKABEKA ini juga bertujuan membantu murid yang sangat lemah dalam
penulisan iaitu kertas 2 sama ada dalam Bina ayat, Ulasan atau Karangan. Selain
itu, inovasi ini juga boleh dimanfaatkan oleh murid Sekolah Menengah (SM) yang
masih lemah dalam bina ayat dan pelajar-pelajar asing sama ada dari Institut
Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) mahu pun Institut Pendidikan Tinggi Swasta
(IPTS) dan murid-murid yang mengambil Bahasa Malaysia sebagai Bahasa kedua
di Universiti tempatan bagi boleh membina ayat dalam Bahasa Melayu dengan
cara yang berkesan. Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh kumpulan
sebelum memulakan inovasi ini. Mula-mula, murid-murid tidak mempunayai masa
yang mencukupi untuk mengumpul data dan maklumat yang diperlukan. Kedua,
murid-murid juga menghadapi kesukaran untuk bertemu dan berbincang dengan
rakan-rakan sekumpulan tentang teknik OKABEKA ini. Inovasi atau Teknik
OKABEKA ini sangt berkesan kepada semua murid yang menghadapi kesukaran
untuk menulis sebauh ayat yang lengkap. Murid dapat menulis ayat bergramatis
yang betul sama ada di dalam ujian atau peperiksaan dan buku latihan.Mereka
boleh berfikir secara kritis untuk menulis ayat dengan betul. Teknik Padang Bola
OKABEKA ini berjaya dilaksanakan dan murid-murid mendapat markah yang
memberangsangkan dalam kalangan murid. Murid-murid terhibur hati dan boleh
melihat perubahan tingkahlaku (TEORI BEHAVIORISME) dalam kalangan murid
yang dan sentiasa menunjukkan muka ceria dan berhadapan untuk menjawab.
Teknik OKABEKA ini juga meningkatkan lagi skor markah murid dalam menjawab
soalan Penulisan dan mampu meluluskan murid-murid yang sangat lemah dan
tidak pernah lulus dalam kertas 2.
Kata kunci: OKABEKA, teori behavarisme, Kognitif, konkrit kepada abstrak
KE12
PENGGUNAAN INOVASI iMindBM 1.0 BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN
TENTANG TOPIK KATA BILANGAN
LOGA NACHIYAA GIVANATHAN, KATTHIRROULLHY MAHENDRAN,
VINODINI SHANMUGAM
SJK(T) Ladang Braunston
251