Page 250 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 250
KE04
THE LATEST TENT POLE
IFFAH IMTIYAZ BINTI EADZRAL HAFIDZ, LAI ESUEN, ALEEYA BATRISYA
BINTI ABDULLAH, YUVANESWARY A/P LETCHEMANAN , SUHASHINI THEVI
A/P THEVARAJU
SK Canossian Convent
Kg. Abdullah, 85000 Segamat, Johor
pejabatskcc@gmail.com
Aktiviti perkhemahan merupakan aktiviti yang popular dilaksanakan di sekolah
setiap tahun. Pelbagai tujuan aktiviti ini laksanakan sama ada untuk melengkapkan
kemahiran ikhtiar diri dalam unit-unit beruniform seperti Pengakap, Pandu Puteri,
Puteri Islam mahupun Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) tetapi juga untuk
motivasi diri dan kem-kem kerohanian. Peralatan utama bagi pelaksanaan aktiviti
perkhemahan ialah khemah. Biasanya sekolah-sekolah membeli set-set khemah
yang dijual di pasaran dengan pelbagai saiz dan bentuk. Masalah yang kerap
menghantui 85 buah sekolah rendah dan 24 buah sekolah menengah di daerah
Segamat ialah tiang khemah yang diperbuat daripada fiberglass yang mudah patah
dan getah yang menyambungkan batang-batang tiang khemah mudah putus.
Sekiranya tiang fiberglass ini patah boleh mengancam keselamatan pelajar kerana
tajam seperti kaca. Akibatnya khemah tersebut tidak boleh digunakan walaupun
masih baru dan elok. Tiada tiang khemah gantian yang dijual di pasaran sebaliknya
pihak sekolah perlu membeli set khemah yang baharu bagi mendapatkan tiang
gantian sahaja. Kos yang tinggi perlu dikeluarkan bagi mendapatkan set khemah
baharu. Maka tidak hairanlah di stor-stor sekolah terdapat banyak longgokan
khemah yang masih baru tetapi tidak boleh digunakan. Semuanya berpunca dari
tiang khemah yang telah patah. Lantas, Pereka Muda Persatuan Sains &
Matematik SK Canossian telah mereka cipta tiang khemah yang pada mulanya
menggunakan Polyvinyl Chloride (PVC) tetapi setelah kajian lanjut dibuat kami
menukar daripada PVC kepada High Density Polyethylene (HDPE) yang lebih
kuat, kukuh dan tahan lasak yang dinamai “The Latest Tent Pole”. Dengan kos
yang sama untuk membeli satu set khemah yang baharu dapat menghasilkan 3 set
tiang bagi 3 khemah. Dengan penghasilan The Latest Tent Pole ini, sekolah dapat
menjimatkan kos pengurusan bagi aktiviti perkhemahan. Tidak perlu lagi membeli
satu set khemah baharu kerana tiada tiang khemahan gantian yang dijual secara
berasingan. Tambahan pula, tiang yang dihasilkan lebih kuat, kukuh, mudah
dipasang, ringan dan tahan lebih lama. Hasi kajian menunjukkan bahawa tiang
khemah HDPE lebih kuat, kukuh, sukar dipatahkan dan dijamin tahan lebih lama
berbanding PVC mahupun fiberglass yang ada di pasaran. Natijahnya aktiviti-
aktiviti perkhemahan dapat dilaksanakan dengan lancar dan segala masalah
berkaitan fasiliti khemah dapat diatasi sepenuhnya dengan terhasilnya The Latest
Tent Pole.
Kata kunci: Fiberglass, PVC , HDPE
246