Page 248 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 248
Kategori E: Murid Sekolah Rendah
KE01
KAYU BEKAS NAHU (KBN)
TEE AN HAN, LOH JIA XUAN, NUR ARISSA ADRIANA BINTI MOHD HAIRI,
ANG QI XUAN, TAN GUAN HAO
SJK(C) Wu Teck
Persiaran Delima 3, Bandar Parklands, 41200, Klang Selangor
syafiqyapkl@gmail.com
“KAYU BEKAS NAHU” (KBN) merupakan satu inovasi baharu yang dapat
membantu meningkatkan lagi kualiti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
bagi mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya dalam bidang tatabahasa (Nahu).
Fokus utama projek ini ialah bagi menambahkan reka bentuk secara universal
untuk meningkatkan lagi kualiti pembelajaran di dalam kelas. Inovasi ini membantu
murid menggunakan imaginasi mereka semasa menggunakan cawan yang
berbeza ini. Murid-murid juga boleh menggunakannya sebagai perluasan ayat
subjek dan predikat, permainan bahasa, atau hanya untuk mendedahkan murid
kepada perbendaharaan kata yang baharu.
KE02
SINKI ANTI COVID-19 (SANCID-19)
MUHAMMAD ANIQ ADAM BIN SELI, MUHAMMAD SHAKIR ZUFAYRIN BIN M
RAHMAT, AHMAD HAZIQ BIN MOHD IZHAR, MUHAMMAD AMMAR DZAKWAN
BIN SELI
SK Buloh Kasap
KM 16, Jalan Abdullah, Buloh Kasap, 85010 Segamat, Johor
aisyah6342@gmail.com
Kebimbangan Pendemik Covid-19 yang melanda dunia, turut dirasai oleh seluruh
rakyat Malaysia termasuk warga SK Buloh Kasap merupakan satu fenomena yang
sangat dikhuatirkan. Sehingga ke hari ini masih belum kita temui penawar
mahupun vaksin untuk mengubati penyakit ini yang boleh membawa maut. Menjadi
satu kegusaran sekiranya ia merebak pada golongan yang berisiko tinggi seperti
orang tua yang berisiko dan kanak-kanak. Kanak-kanak sekolah pastinya menjadi
keutamaan dalam mengelakkan penyakit ini menjangkiti mereka. Jesteru itu, Pihak
Kementerian telah menetapkan SOP yang perlu dipatuhi di sekolah khususnya
agar penyakit ini tidak menular. Oleh yang demikian, untuk menyahut seruan
kerajaan, Sinki Anti Covid-19 (SANCid-19) direalisasikan untuk murid dapat
sentiasa membasuh tangan dan meminimakan sentuhan. Apa yang membezakan
SANCid-19 dengan tempat basuhan yang lain, SANCid-19 dihasilkan daripada
barang-barang terbuang dengan tiada sentuhan tangan oleh penggunanya.
SANCid-19 ini dibina untuk kegunaan murid agar dapat membasuh tangan tanpa
menyentuh kepala paip dan seterusnya dapat mengurangkan penggunaan air.
SANCid-19 merupakan gabungan nama Sinki Anti Covid-19 yang membawa
pengertian tempat basuhan tangan dapat mengelakkan penularan covid-19 kerana
tiada sebarang sentuhan pada produk. Penggunaannya lebih kepada penggunaan
244