Page 253 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 253
KE08
KEBERKESANAN CARTA TANGGA BERWARNA BAGI MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MENYATAKAN NILAI DIGIT BAGI SEBARANG NOMBOR BULAT
DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN
LAVANYA A/P RAMO, DARSHITA A/P KESAVAN, JENIFER KRITIKKA A/P
PADAYETTAN
SJK(T) Labis
Jalan Sekolah, 85300, Labis, Johor.
priyarajendrans1589@yahoo.com
Matematik merupakan salah satu matapelajaran penting yang diajar di sekolah
sama ada sekolah rendah atau menengah. Namun, sering dikatakan bahawa
kebanyakan murid mengalami masalah dalam topik-topik tertentu dalam mata
pelajaran Matematik. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti
keberkesanan Carta Tangga Berwarna bagi meningkatkan kemahiran menyatakan
nilai digit bagi sebarang nombor bulat dalam kalangan murid Pemulihan. Pengkaji
telah menggunakan model Kemmis & Mc Taggart iaitu Tinjauan awal, merancang
tindakan, melaksanakan tindakan& memerhati dan mereflek. Punca utama
masalah yang diperolehi dari pemerhatian awal ialah mereka tidak tahu
menyatakan nilai digit yang mewakili nombor bulat dalam lingkungan 1000. Mereka
tidak tahu menulis nilai digit dengan bilangan sifar yang betul serta tidak mahir
untuk membezakan nilai tempat dan nilai digit. Maka, untuk menangani masalah
tersebut saya telah membuat satu inovasi yang bernama Carta Tangga Berwarna.
Disitu saya telah reka suatu bentuk Carta tangga yang berlainan warna dan size.
Ujian Diagnostik Matematik dijalankan bagi mengenalpasti secara terperinci
permasalahan murid. Dapatan ujian menunjukkan 6 daripada 6 orang murid kelas
Pemulihan gagal dalam ujian Diagnostik menyatakan nilai digit. Maka bahan
inovasi Carta Tangga Berwarna diperkenalkan, hasil dapatan diperolehi
menunjukkan 6 orang murid pemulihan tersebut dapat menyatakan nilai digit serta
dapat membezakan nilai tempat dan nilai digit dengan betul. Ujian pos yang
dijalankan menunjukkan 100% murid lulus dalam ujian menyatakan nilai digit dan
100% murid juga dapat membezakan nilai tempat dan nilai digit dengan betul.
Berdasarkan dapatan kajian, dapat dirumuskan bahawa, kemahiran murid dalam
menyatakan nilai digit telah ditingkatkan setelah memperkenalkan inovasi Bahan
Bantu Mengajar Carta Tangga Berwarna.
Kata kunci: nilai digit, murid pemulihan, Carta Tangga Berwarna
KE09
INOVASI TANAMAN HIDROPONIK
ABINAYAHSRY A/P THANABAL, KAVENESH A/L MADURAIVEERAN,
MITTISHVAN A/L SEGAR, SHARVIN A/L PRABU, SANJANAA A/P
PARTASARATHI
SJK(T) Batang Melaka
77500 Selandar, Jasin, Melaka.
anu_garl@yahoo.com
249