Page 257 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 257
mencegah jerawat, disamping itu boleh mencerahkan kulit. Objektif kajian ini
adalah untuk menghasilkan sabun buatan sendiri dengan menggunakan kulit epal
hijau dan merah. Selain itu, dua bahan dapur juga digunakan untuk menghasilkan
sabun GR Apple Soap iaitu kayu manis dan minyak kelapa. Kayu manis membantu
menghilangkan parut jerawat dan jerawat. Minyak kelapa pula kaya dengan vitamin
anti oksidan. Beberapa proses mudah dilakukan dalam penghasilan GR Apple
Soap ini. Iaitu proses pemanasan , proses pelelehan atau penuangan dan proses
dingin. Sabun buatan kulit epal GR Apple Soap ini tidak dihasilkan dengan sabun
asas (soap base). Sebaliknya digantikan dengan sabun Dove yang mengandungi
moisturizer kerana sabun ini dihasilakan di rumah.
Kata kunci: Sisa kulit epal, minyak kelapa, kayu manis , anti-penuaan, anti-
oksidan
KE14
MOBILE DISHWASHER
SASVITHA SUREIYA KUMAR
SJK(T) Gelang Patah
Kampung Bukit Tempurung, 81550 Gelang Patah, Johor
ranjinier2388@gmail.com
Amalan mencuci tangan sering ditekankan semasa Pandamik Covid-19
terutamanya dalam kalangan murid-murid. Walaupun amalan ini sangat penting
demi menjaga kesihatan, perkara ini menjadi cabaran kepada golongan murid
kurang berupaya di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Gelang Patah. Murid-murid
ini menghadapi kesukaran untuk mencuci tangan dengan kerap kerana ia
memerlukan pergerakan sering kali. Lantaran itu, satu idea penghasilan ‘Mobile
Dishwasher’ telah diperolehi. ‘Mobile Dishwasher ’ ini direka bentuk terutamanya
untuk golongan murid kurang berupaya yang berkerusi roda. ‘Mobile Dishwasher’
ini berfungsi seperti sinki cuci tangan yang biasa digunakan di rumah. Tempat
meletak bahan cuci tangan seperti sabun, tuala dan bahan sanitasi juga direka
bentuk dalam inovasi ini. Ia juga merangkumi sistem pengaliran air yang selamat
dan sistematik. Soal selidik, temubual dan pemerhatian merupakan metodologi
pengumpulan data yang digunakan dalam inovasi ini. Hasil dapatan data
membuktikan bahawa inovasi ini memudahkan proses mencuci tangan dalam
kalangan murid kurang berupaya dengan kerap tanpa memerlukan pergerakan
yang banyak. Mobile Dishwasher ini boleh ditambah baik dari segi penggunaan
bahan yang tahan lama. Inovasi ini bukan sahaja boleh digunakan di sekolah
malah ia juga boleh digunakan di semua tempat kerana ia mudah alih ke mana-
mana.
Kata kunci: amalan cuci tangan, golongan kurang upaya, mudah alih, sistematik
KE15
SUBJECT VERB OBJECT (SVO) CARD
IRDINA QALISHA BINTI ABDUL HANIF
Sekolah Tengku Budriah
02600 Arau, Perlis
m-10811466@moe-dl.edu.my , g-14207783@moe-dl.edu.my
253