Page 254 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 254
Projek Tanaman Hidroponik yang disediakan ini adalah bertujuan sebagai satu
program yang dapat membantu meningkatkan pemahaman dan mengukuhkan
pengetahuan sedia ada di kalangan murid disamping menguasai semua aspek
perkembangan, kemahiran asas justeru memberikan pengetahuan secara
mendalam secara perlahan-lahan. Tujuan utama projek ini adalah untuk
memberikan pemahaman yang lebih jelas mengenai proses pertumbuhan pokok.
Menanamkan minat murid dalam Tunjang Sains Dan Teknologi melalui aktiviti
pembelajaran yang berkesan. Murid menggunakkan hidroponik daripada bahan
buangan. Melalui hidroponik mereka yang tidak mempunyai keluasan tanah untuk
tanaman juga boleh menanam tanaman. Semasa pandemik covid-19 ini murid
boleh meluangkan masa untuk menanam sayuran.
KE10
FUN EXPECTED FRACTION
RUTHRAVARSHINI A/L VIJAYAN, MAHANYASAI A/P ARUT SELVAM
SJK(T) Tanjong Rambutan
Jalan Stesen, 31200 Tanjong Rambutan, Ipoh, Perak
subramaniamshanti8@gmail.com
Inovasi dalam PdPc yang dijalankan ini bertujuan untuk mengesan keberkesanan
pendaraban bersilang dengan penambahan dan penolakan pecahan menggunakan
aplikasi telefon pintar. Penggunaan apllikasi telefon pintar merupakan salah satu
alat teknologi yang giat digunakan dalam pendidikan. Kertas ini membincangkan
inovasi yang dihasilkan iaitu teknik yang dapat membantu murid-murid memahami
prinsip asas darab seterusnya dapat menambah atau menolak pecahan dengan
menggunakan kaedah yang mudah. Kedudukan sebelum inovasi dijalankan adalah
seperti berikut (i)tiada minat untuk membuat soalan berkaitan pendaraban
pecahan. (ii) murid berasa bosan menggunakan kaedah biasa atau tradisional. (iii)
murid tidak dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam TMK. Hasil selepas
inovasi (i)murid berminat menggunakan aplikasi teknologi. (ii) penggunaan TMK
dalam tugasan yang dihantar. (iii) motivasi murid meningkat. Penggunaan aplikasi
telefon pintar menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Murid juga aktif
menggunakan aplikasi telefon yang sudah biasa pada masa ini berikutan pandemic
covid-19. Pembelajaran di rumah menggunakan telefon, komputer atau tablet juga
memudahkan murid menggunakan aplikasi telefon pintar untuk menyelesaikan
soalan pecahan melibatkan penambahan dan penolakan. Ia secara tidak langsung
dapat mencungkil minat murid dalam menyelesaikan soalan penambahan dan
penolakan dalam topik pecahan.
Kata kunci: teknologi, inovasi, aplikasi telefon pintar, minat
KE11
MENINGKATKAN PENGUASAAN MEMBINA AYAT DALAM MATAPELAJARAN
BAHASA MALAYSIA DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK PADANG BOLA
OKABEKA
DIVESH JEGANATH, NUSIKAA A/P JAYABALAN, NIVHENTERABASKAR A/L
RAVINTERAKUMAR, DIVESH JEGANATH
SJK(T) Kangkar Pulai
250