Page 251 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 251
KE05
THE JUNIOR GYMNAST BALANCING TOOL
ELLY SOFEA BINTI BANI, ALIYA HAZIQAH BINTI ABDULLAH, CINDY
SYAFIQAH BINTI SAID ABBAS, LEE VINYI, FIFI NURSYAFINAZ BINTI FAIZAL
SK Canossian Convent
Kg. Abdullah, 85000 Segamat, Johor
pejabatskcc@gmail.com
SK Canossian Convent, Segamat telah dipilih sebagai pusat latihan daerah bagi
sukan prestasi tinggi sekolah (SPTS) bagi gimrama sekolah rendah sejak tahun
2009. Kemahiran dalam gimrama ada yang memerlukan penggunaan alatan
seperti reben, belantan dan gelung. Pelbagai disiplin yang dipelajari dalam
gimrama dapat dilakukan dengan alatan sokongan bagi membolehkan mereka
melakukan kemahiran-kemahiran secara bersendirian atau berkumpulan. Majoriti
gymnast muda berasa takut dan gayat apabila melakukan imbangan pada tiang
yang tinggi. Murid-murid yang terlibat bagi gymnast muda berumur 7 hingga 12
tahun. Tambahan pula tiang khusus untuk mempelajari imbangan yang ada dijual
di pasaran berharga sangat mahal. Pereka Cipta Muda telah mereka cipta satu alat
bagi mempelajari imbangan pada ketinggian yang rendah, mudah di pasang dan
mudah alih yang dikenali sebagai “The Junior Gymnast Balancing Tool”
berdasarkan Ilmu Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Kesenian & Matematik (STEAM).
Murid-murid yang terlibat dengan gimrama seawal Tahun 1. Memandangkan
mereka mewakili sekolah dan daerah bagi pertandingan gimrama di peringkat
negeri dan kebangsaan, mereka perlu menjalani beberapa siri latihan di sekolah
termasuk mempelajari disiplin imbangan. Alat ini direka cipta khusus untuk jurulatih
gimrama dan gimnastik menghilangkan ketakutan gymnast muda dengan
ketinggian. Dapatan menunjukkan Selepas tempoh tertentu gymnast muda
menggunakan The Junior Gymnast Balancing Tool, keyakinan mereka terus
bertambah dan mereka telah bersedia meneruskan latihan mereka menggunakan
tiang bar yang lebih tinggi. Penghasilan The Junior Gymnast Balancing Tool
menjadi alat sokongan ansur maju bagi gymnast muda mula menguasai kemahiran
imbangan pada peringkat permulaan. The Junior Gymnast Balancing Tool dibuat
daripada paip PVC yang lebih fleksibil, kuat, murah mudah alih dan mudah
disimpan. The Junior Gymnast Balancing Tool adalah ekonomi, praktikal dan
mesra pengguna.
Kata kunci: SPTS, PVC , Gymnast Muda, Imbangan, Kelenturan
KE06
LILIN PROMIK
QHALESA ANNUUR BINTI MOHAMED SOBHI, CHE WAN NUR HASYIMAH
BINTI CHE WAN ABD AZIZ, SERI AISYAH HUMAIRA BINTI MOHD KHAIRIL,
NURAFIQAH BINTI AWANG, DAN SITI AISYAH BINTI MOHAMAD
Sekolah Kebangsaan Kijal
24100 Kemaman, Terengganu
palai49@gmail.com
247