Page 246 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 246
mengeja perkataan dengan tepat. Antara masalah yang dihadapi murid adalah
kerap melakukan kesilapan dalam penggunaan kata terbitan (imbuhan),
terutamanya dalam penulisan karangan. Selain itu, murid juga selalu melakukan
kesilapan ejaan serta keliru akan ejaan bagi kata pinjaman Inggeris, Arab dan lain-
lain. Permainan BIEJAK diwujudkan sebagai sumber alternatif pembelajaran bagi
aktiviti pengayaan, pengukuhan, pemulihan dan penilaian yang berkonsepkan
permainan (gamifikasi) bagi menarik minat murid belajar secara santai dan
menyeronokkan. Kit permainan BIEJAK terdiri daripada tapak permainan yang
diperbuat daripada material tarpaulin, kad-kad soalan, sebji dadu dan buah
penanda. Permainan ini melibatkan sekurang-kurangnya tiga hingga empat orang
pemain pada satu-satu masa. Pemain akan menggerakkan buah penanda yang
dipilih selepas membaling dadu mengikut bilangan nombor dadu yang diperoleh.
Pemain perlu menjawab soalan berdasarkan nombor pada petak tempat berhenti.
Jika jawapan yang diberikan adalah betul, pemain boleh mengambil mana-mana
buah penanda pihak lawan sebagai matapoin. Sekiranya jawapan soalan, buah
penanda pemain perlu berundur satu petak ke belakang. Pemain yang dapat
mengumpul mata pointer banyakdikira sebagai pemenang. Permainan ini dapat
mewujudkan suasana pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan, di samping
meningkatkan pengetahuan murid, khusunya dalam ejaan dan imbuhan dalam
Bahasa Melayu selaras dengan keperluan standard kandungan bagi matapelajaran
Bahasa Melayu, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
Kata kunci: Bahasa Melayu, imbuhan, ejaan, permainan, gamifikasi
KD20
MCDIGITAL KERJAYA
NUR AIN FARHANA BINTI MUSASHI,NUR AZALIA BINTI SHAMSUL,
FADZLINA BINTI ABDULLAH, MUHAMMAD AFHAM FARIHIN BIN HANAFIAH
ASMAWI, ANNISA BINTI AHMAD ROMLI, PUTERI NURHIDAYAH BINTI
ABDULLAH, NURFARZANA BINTI SHARANI, IZZ FARHAN BIN SHARANI
SMK Cheras
Jalan Yaakob Latiff, Bandar Tun Razak, 56000, Cheras, Kuala Lumpur
nurhaiza.gk2019@gmail.com
Inovasi MC Digital Kerjaya dibina oleh AJK Kelab Kerjaya Unit Bimbingan Dan
Kaunseling bagi membolehkan ahli-ahli Kelab Kerjaya menjalankan aktiviti dalam
keadaan PdPR. MC Digital akronim dari Modul Cherasian Digital Kerjaya dan
merupakan modul untuk menjalankan aktiviti pendidikan kerjaya secara dalam
talian. Objektifnya agar aktiviti kokurikulum masih dapat dijalankan dan maklumat
mengenai pendidikan kerjaya disebarkan walaupun dalam keadaan PKP kerana
pandemik COVID 19. Sebelum inovasi ini dijalankan, tahun 2020 tiada aktiviti
kokurikulum semasa tempoh PKP. Oleh itu, memandangkan tahun 2021 masih
dalam pandemik maka inovasi MC Digital Kerjaya dibina. Objektifnya untuk
menjalankan modul secara dalam talian agar ahli-ahli masih lagi dapat
menjalankan aktiviti kokurikulum dengan aktif. Memandangkan selama ini, aktiviti
kokurikulum dijalankan secara bersemuka maka aktiviti kelab secara dalam talian
adalah satu perkara yang baru. Maka AJK Kelab Kerjaya perlu mengadakan modul
aktiviti yang intraktif dan menarik. Antara masalah yang dihadapi, jika murid tidak
dapat online ketika sesi perjumpaan dalam talian secara online dijalankan. Aktiviti
modul digital Kelab Kerjaya ini menyelesaikan masalah dengan murid boleh akses
242