Page 242 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 242
Jalan Ibbetson, 11400 Pulau Pinang
kasimanzen@yahoo.com
Banjir adalah bencana alam yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa manusia
dan kerosakan harta benda. Sistem penggera atau amaran banjir boleh memberi
amaran awal kepada manusia. Ini amat penting pada sekarang terutamanya jika
berlaku hujan lebat yang menyebabkan berlaku banjir kilat dan seterusnya boleh
mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Inovasi ini bertujuan
untuk membina satu sistem penggera banjir. (Flood Alarm System-
Domestic@FASD) untuk sekitar kawasan perumahan dan rendah. FASD
beroperasi menggunakan tenaga elektrik, di mana litar pengesan banjir dan unit
pengesan akan menghantar isyarat menggunakan batu ladung yang dipasang
pada hujung paip PVC. Penggera dipasang pada tahap banjir berjaga-jaga. Dalam
reka bentuk ini, batu ladung digunakan sebagai pengesan (suis). Lampu berwarna
merah digunakan sebagai lampu amaran untuk berjaga-jaga. Paip PVC digunakan
untuk memegang ketiga-tiga batu ladung. Selain dari itu reka bentuk ini juga
menggunakan peralatan ‘Water Float Less’ sebagai salah satu penggerak utama
kepada FAS (D). Ianya direka bentuk menggunakan alatan dan bahan yang mudah
dan merangkumi litar ringkas. Reka bentuk ini boleh atau mampu membantu
pengguna menghadapi ancaman banjir kita. Selain itu, kosnya yang mampu milik,
mudah alih dan ringan. FAS(D) juga mampu difahami dan mesra pengguna.
KD14
TEKNIK LAKARAN KOMIK DIGITAL BERWARNA: KAEDAH MENGINGATI
FAKTA SEJARAH PELAJAR 2 SVM 2 KRG
MASHITAH BINTI ABU BAKAR, SITI SORHANA HARIZA BINTI MAHARIEZAILE
Kolej Vokasional Balik Pulau
11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
abizan@edidik.edu.my
Kebanyakan pelajar beranggapan subjek Sejarah agak membosankan disebabkan
perlu mengingati fakta yang terlalu banyak. Kajian ini dibuat untuk membantu
pelajar mengingati fakta-fakta yang terdapat dalam Subjek Sejarah melalui aplikasi
Lakaran Komik Digital Berwarna. Ia merupakan satu alternatif lain kepada guru
untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek Sejarah. Teknik Lakaran
Komik Digital Berwarna ini merupakan satu teknik penyelesaian kepada pelajar
yang menghadapi masalah untuk mengingat fakta Sejarah sekaligus
memperlihatkan prestasi yang memberangsangkan dalam peperiksaan dalaman
mahupun luaran. Ujian Pra menunjukkan bahawa kesemua pelajar hanya dapat
menjawab sekurang-kurangnya 4 soalan dengan betul daripada 10 soalan yang
ditanya. Atas kesedaran ini, satu kaedah mengajar menggunakan teknik Lakaran
Komik Digital Berwarna digunakan untuk membantu pelajar mengingati fakta
Sejarah. Peralatan yang digunakan untuk menyediakan Lakaran Komik Digital
Berwarna iaitu hanya perlu memuat turunkan aplikasi daripada playstore yang
terdapat dalam telefon pintar dengan menulis fakta-fakta dari topik yang dipelajari.
Lakaran Komik Digital Berwarna Sejarah dicipta daripada ilham seni pelajar.
Maklumat dan fakta diterjemahkan menjadi gambar dan dialog. Ia tidak
memerlukan masa yang lama tetapi memerlukan ’mood’. Pembelajaran Lakaran
Komik Digital Berwarna satu daripada pedagogi dalam P&P yang mampu
238