Page 252 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 252
Lilin PrOMik adalah satu inovasi 3R rentetan daripada Program Orang Minyak
(PrOMik) iaitu satu program pengumpulan minyak terpakai yang dijalankan oleh
pihak Kelab Eco Wira SK Kijal. Sebelum ini kami hanya menjalankan aktiviti
mengumpul minyak masak terpakai dan menjualnya kepada kilang. Bagi
meningkatkan lagi ilmu dan pengetahuan 3R, maka idea membuat Lilin PrOMik
tercetus.
KE07
ARTIFAK PENYIRAM AJAIB (MAGICAL WATERING ARTIFACT)
MEGHAN WEE MEI ERN, LIM ZHIK KAI, CINDY LAI XIN YI, LUCAS CHUA QIN
YANG, ELISE KONG SHING YIENG, ELAINE TING YING XIN, CHERYL TOUNG
GA SIENG, EARNEST JOSIAH ERIC, NICK TING VOON HO, NATASHA KOK
JING HUI
SJK(C) Chung Hua Pujut
Piasau Lorong 8, Jalan Pujut-Lutong, 98000 Miri, Sarawak
linghuakho@gmail.com
Artifak Penyiram Ajaib ini adalah suatu alat di mana kendalian operasi menyiram
pokok bunga dapat dilaksanakan secara automatik. Hasil pembuatan murid dengan
penggunaan botol plastik yang terbuang dijadikan sebagai alat siraman automatik.
Tujuan utama inovasi ini adalah disebabkan ia amat bersesuaian dengan zaman
yang serba berteknologi ini. Dengan wujudnya Misteri Alat Siram Automatik, kerja
penanaman flora di kawasan sekolah dapat dilakukan dengan mudah dan efektif.
Tanaman yang ditanam di rumah dan kebun turut menjadi lebih terurus dan subur
dengan sistem penyiram yang automatik walaupun tuan rumah terpaksa
meninggalkan rumah dalam satu tempoh. Artifak Penyiram Ajaib ini amat sesuai
digunakan untuk generasi pada era ini yang sibuk bekerja. Tambahan pula, artifak
ini juga dapat menjimatkan air. Ekoran daripada pengurangan bilangan pekerja
sekolah daripada 9 orang kepada 4 orang, maka murid-murid tercetuslah minda
untuk menghasilkan artifak tersebut. Kreativiti murid telah mendatangkan hasil
yang memberangsangkan kerana flora yang ditanam di kawasan sekolah
mendapat air berdasarkan keperluannya secara automatik. Inovasi murid ini
berjaya meringankan beban tenaga pekerja, khususnya pembersih sekolah serta
berjaya menanam sikap cinta akan alam sekitar dalam sanubari para murid. Lebih-
lebih lagi, inovasi ini bukan sahaja mengasah kreativiti murid malah menjadi satu
medium untuk menerapkan pemahaman dan konsep kelestarian melalui aktiviti
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta merangsang pencerapan nilai-
nilai murni insaniah dan nilai keusahawanan di samping memberi peluang kepada
murid untuk mencuba, menyahut cabaran dan mencungkil bakat mereka. Justeru,
projek inovasi ini bukan sahaja membantu memberi kesedaran tentang
kepentingan penjagaan alam sekitar, mendekati penghijauan tetapi juga mampu
melahirkan usahawan baharu.
Kata kunci: meneroka, inovasi merentas mesra alam, sistem penyiram automatik,
mengasah kreativiti, merangsang pencerapan nilai-nilai murni
insaniah
248