Page 259 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 259
Keyword: Sugarcane Bagasse; Coconut Shell; Husk; Activated Carbon; Dye;
Adsorbent
KE17
KIT “LET’S HAVE FUN WITH VOWELS”
SANGEEDAA A/P SELVENTHIRAN, KUMARESAN A/L SURESH,
PRIYADAARSHINI A/P THIYAGARAJAN
SJK(T) Beruas
Jalan Beruas, 32700 Beruas, Perak
g-10191139@moe-dl.edu.my
Kit “Let’s Have Fun With Vowels” meningkatkan kemahiran mengenal dan menulis
huruf vokal dengan betul dalam kalangan murid-murid Tahap 1. Kit “Let’s Have Fun
With Vowels” juga dapat menarik minat murid-murid untuk belajar huruf vokal
disamping meningkatkan kemahiran motor halus murid. Murid-murid Tahap 1
masih lemah dalam mengenal dan menulis huruf vokal dengan betul. Oleh hal yang
demikian, murid-murid Tahap 1 telah didedahkan dengan Kit “Let’s Have Fun With
Vowels” agar dapat mengenal dan menulis huruf vocal dengan betul. Hasilnya,
selepas menggunakan Kit “Let’s Have Fun With Vowels” dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc), saya mendapati bahawa murid-murid Tahap 1 telah
menunjukkan peningkatan yang positif dalam mengenal dan menulis huruf vokal.
Penggunaan QR code dalam Kit “Let’s Have Fun With Vowels” membuatkan murid-
murid sangat seronok kerana mereka berpeluang untuk menggunakan telefon
bimbit dan tab untuk mengenal dan menulis huruf vokal dengan betul. Tambahan
pula, murid-murid juga boleh menggunakan dalam Kit “Let’s Have Fun With
Vowels” dengan sendiri tanpa bimbingan guru. Murid-murid sangat teruja dan
gembira apabila memberi peluang kepada mereka untuk mengimbas QR code
untuk aktiviti mengenal dan menulis huruf vokal. Oleh itu, Kit “Let’s Have Fun With
Vowels” dapat dikomersilkan dan menjadi bahan bantu mengajar yang boleh
membantu para murid dan guru dalam PdPc.
Kata kunci: mengenal, menulis, huruf vokal, Kit “Lets’s Have Fun With Vowels”,
QR code
KE18
GAMIFICATION IN ENGLISH
SHARRVIN MARAN, THARANI KRISHNARAO, PRAVIN MURUGAN
SJK(T) Ladang Jendarata Bhg. 3
Jalan Sabak Bernam, 36009 Teluk Intan, Perak
awenaasubramaniam@gmail.com
Penguasaan Bahasa Inggeris para pelajar masih lagi berada pada taraf yang
rendah, khususnya golongan pelajar sekolah di luar bandar. Pelbagai kaedah telah
diusahakan untuk membantu peningkatan subjek ini dari semasa ke semasa.
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan penggunaan kaedah ataupun
strategi yang berunsur gamifikasi terhadap pencapaian dan penguasaan para
murid dalam kemahiran menulis Bahasa Inggeris secara menyeluruh dan
maksimum. Reka bentuk kajian ialah kajian tindakan melibatkan 30 orang murid
255