Page 84 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH BANDAR BARU PUTERA
P. 84
42.6 Pengajaran dan Pembelajaran
42.6.1 Guru sebagai pendidik disamping sebagai penyelia konsep “Murid membuat guru
Membimbing”adalah merupakan satu konsep proses berterusan.
42.6.2 Murid - murid yang cerdas boleh membantu guru untuk membimbing murid - murid lain
dalam kaedah PRS – Pembelajaran Rakan Sebaya.
42.7 Buku Latihan Murid
42.7.1 Semua kerja murid samada latihan / ujian / catatan nota hendaklah disemak selalu.
42.7.2 Kerja - kerja pembetulan hendaklah dilakukan oleh murid dengan arahan guru dan mesti
disemak semula pembetulan yang telah dibuat oleh murid tersebut.
42.7.3 Buku latihan murid ini hendaklah diserahkan kepada pihak pentadbir mengikut jadual
khas (Rujuk ms 36) untuk disemak semula dan disahkan oleh Guru Besar / PK1.
42.8 Ujian dan Peperiksaan
42.8.1 Kendalian Ujian Dalaman Sekolah terdiri daripada ;
42.8.1.1 Ujian Pengesanan UPSR
42.8.1.2 Ujian Percubaan UPSR
42.8.1.3 Peperiksaan Setengah Tahun
42.8.1.4 Peperiksaan Akhir Tahun
42.8.1.5 Ujian Khas ( untuk aspek-atau tujuan tertentu )
42.8.1.6 PBD untuk tahap 1 (tiada ujian dijalankan)
42.9 Laporan Kemajuan Murid
42.9.1 Semua keputusan peperiksaan hendaklah direkodkan dalam Buku Laporan Kemajuan
Murid, E -RPH Guru dan Borang Markah Peperiksaan yang disediakan.
42.9.2 Sesalinan Keputusan Penuh markah kelas hendaklah diserahkan kepada Guru Besar atau
GK1.
42.9.3 Guru – guru kelas Tahun 6 hendaklah menguruskan kerja - kerja berhubung dengan
pemberian sijil / slip UPSR dan Sijil Berhenti Sekolah.
42.10 Bilik Darjah
42.10.1 Setiap bilik darjah hendaklah dipamerkan perkara - perkara berikut ; (Peraturan Sekolah
/ Peraturan Kawal Api / Jadual Bertugas Murid )
42.10.2 Gambar, gambarajah, carta dll ABM yang sesuai dengan PdPc hendaklah juga
dipamerkan.
42.10.3 Untuk mengawal kebersihan kelas pastikan murid - murid tidak membuang sampah
merata - rata. Cuba adakan satu suasana bilik darjah yang menarik minat murid - murid.
42.11 Bantuan
42.11.1 Guru - guru juga diminta mencadangkan atau mempunyai senarai semak murid yang
layak untuk mendapat sebarang bantuan apabila diperlukan dari masa ke semasa.
42.11.2 Guru - guru dikehendaki memproses boring - borang tertentu bagi maksud bantuan di
atas.
42.12 Guru Bertugas Mingguan
42.12.1 Mengawasi sekolah keseluruhannya pada hari bertugas.
54 | P a g e