Page 83 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH BANDAR BARU PUTERA
P. 83
42.1.3 Senarai nama murid disusun mengikut abjad hendaklah ditulis tangan. Nama penuh
seperti dalam surat beranak jangan diubah.
42.1.4 Kedatangan murid hendaklah ditanda pada waktu pertama dan setiap masa JKM ini
hendaklah disimpan di pejabat sekolah.
42.1.5 JKM hendaklah ditutup perkiraannya pada akhir persekolahan setiap bulan.
42.1.6 Semua surat akuan doktor / penjaga hendaklah disimpan oleh guru dan diserah ke
pejabat.
42.1.7 Sila baca dengan teliti arahan yang terdapat dalam Buku JKM.
42.2 Pertukaran Murid
42.2.1 Guru kelas mengisi borang sementara dan pastikan buku - buku teks dll peralatan yang
dipinjam diserahkan balik dan semua hutang telah dijelaskan sebelum surat tukar
dikeluarkan.
42.2.2 Buku Kemajuan (PKSR) dan Buku Kesihatan Murid berkenaan hendaklah diserah kepada
ibu bapa / penjaga murid tersebut. Ibu bapa / penjaga hendaklah datang sendiri untuk
memohon pertukaran anak mereka.
42.3 Bayaran Tambahan Persekolahan
42.3.1 Guru - guru diberi kuasa memungut bayaran program kecemerlangan murid kelas
masing - masing. Pastikan guru kelas mendapat salinan surat kuasa memungut bayaran
tersebut daripada Guru Besar. (dibincangkan & diputuskan dalam mesyuarat PIBG dan
mendapat kelulusan JPN)
42.4 E-RPH
42.4.1 Segala kenyataan yang diperlukan dalam E-RPH ini hendaklah dipenuhi bermula dari
butiran peribadi hinggalah kehalaman akhir tentang senarai nama murid yang penuh
dan tepat.
42.4.2 RPH ini adalah hak milik sekolah dan hendaklah diserahkan balik ke pejabat pada akhir
Tahun persekolahan atau sekiranya seseorang guru itu bertukar.
42.4.3 Rancangan Pelajaran Mingguan dan Harian hendaklah ditaip dengan lengkap sebelum
minggu atau hari PdPc akan dijalankan.
42.4.4 E-RPH hendaklah dihantar kepada Guru Besar atau PK1 untuk pengesahan semakan
pada setiap hari Jumaat.
42.4.5 Semua dokumen penting seperti sukatan pelajaran, rancangan pelajaran hendaklah
dibenam didalam ruangan khas yang disediakan.
42.4.6 Guru Besar akan membuat semakan terperinci E - RPH.
42.4.7 Rekod Pencapaian Ujian dan Penilaian murid hendaklah ditulis dalam ruangan khas E -
RPH.
42.5 Jadual Waktu Mengajar
42.5.1 Jadual Waktu merupakan alat penting membantu proses PMP, pengaturan guru - guru
Mengajar setiap kelas dan juga guru yang rehat.
42.5.2 Guru - guru ganti bagi memenuhi tugas dalam jadual waktu yang diarahkan oleh Guru
Besar adalah merupakan tugas rasmi guru berkenaan dan hendaklah dipatuhi.
53 | P a g e