Page 80 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH BANDAR BARU PUTERA
P. 80

(29) FAIL DAN REKOD

               29.1  JKS dan Panitia Mata Pelajaran (PMP ) perlu menyimpan rekod mengenai perkara berikut
                       29.1.1  Sukatan Pelajaran
                       29.1.2  Rancangan Kegiatan Panitia Mata Pelajaran sepanjang tahun
                       29.1.3  Soalan-soalan peperiksaan semua peringkat
                       29.1.4  Keputusan UPSR dan semua peperiksaan dalaman ( PKSR )
                       29.1.5  Surat Pekeliling / Edaran berkaitan kurikulum secara khusus atau am
                       29.1.6  Semua nama dan tugas Ahli Jawatan Kuasa Sekolah dan PMP
                       29.1.7  Laporan berkaitan mata pelajaran guru-guru dan panitia mata pelajaran
                       29.1.8  Maklumat dan panduan mengenai kurikulum secara khusus atau am
                       29.1.9  Dasar-dasar Sekolah ( Kurikulum, Kokurikulum dan Sahsiah )
                       29.1.10 Lain - lain rekod kenyataan dan maklumat ABM

               (30) TUGAS JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH (JKS)

               30.1  Perlu membuat penyeliaan, pengawasan dan penilaian terhadap perjalanan PMP dari aspek Sukatan Pelajaran
                      30.1.1  Perancangan kegiatan PMP tahunan
                      30.1.2  Pelaksanaan kegiatan-kegiatan PMP seperti yang telah dirancangkan
                      30.1.3  Hasil kerja kegiatan - kegiatan yeng telah dijalankan oleh PMP seperti Pentadbiran PMP misalnya
                              dari  segi  perjalanan  mesyuarat,  tindak  ikut,  pembahagian  tugasan  di  kalangan  guru-guru  mata
                              pelajaran dan penyelaras.
                      30.1.4  Adanya inisiatif, dedikasi, koperatif dan penglibatan semua guru PMP

               (31)PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN

               31.1  PMP  Guru  dan  Guru  Mata  Pelajaran  adalah  bertanggungjawab  merancang,  menyedia  dan  melaksanakan
                     rancangan pengajaran dan memberi perhatian terhadap perkara berikut ;
                      31.1.1  Mengkaji sukatan pelajaran, buku teks, buku rujukan, soalan - soalan peperiksaan, RancanganAstro,
                              Radio dan TV Pendidikan bagi memastikan tajuk-tajuk dalam PdPc.
                      31.1.2  Menentukan rancangan pengajaran penggalan, mingguan mengikut tajuk - tajuk tertentu
                      31.1.3  Menentukan pembahagian topik bagi rancangan mingguan
                      31.1.4  Menentukan objektif dan rangka bagi setiap topik yang diajar

               (32)PENYEDIAAN, PENGGUNAAN DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN

               32.1  Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab JKS dan PMP bagi ;
                      32.1.1  Menentukan penyediaan BBM dan tajuk - tajuk pelajaran tertentu
                      32.1.2  Membina BBM kepada guru - guru PMP selain daripada BBM yang dibekal oleh KPM/dibeli
                      32.1.3  Membuat perancangan dan penyelarasan penggunaan BBM antara guru mata pelajaran
                      32.1.4  Mewujudkan satu sistem penyimpanan BBM
                      32.1.5  BBM yang dicadangkan supaya disediakan ;
                              a.  Gambar, Gambarajah dan Carta
                              b.  Filem Slaid
                              c.  Model
                              d.  Filem Jalur
                              e.  Kaset Audio

                                                                                                  50 | P a g e
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85