Page 76 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH BANDAR BARU PUTERA
P. 76
(20) PENGGUNAAN TENAGA MURID
20.1 Murid - murid tidak boleh sekali - kali digunakan atau diarahkan untuk membuat kerja - kerja guru untuk
faedah guru atau untuk kepentingan guru semata - mata.
(21) LARANGAN MEROKOK
21.1 Guru adalah dilarang merokok di semua kawasan sekolah.
21.2 Guru dilarang merokok semasa menghadiri mesyuarat di sekolah, di jabatan kerajaan dan agensi kerajaan di
seluruh negeri (Rujuk Pek : SUK.TR.110/56-(8) bertarikh 23 Julai (1992)
(22) SURAT-SURAT PEKELILING
22.2 Surat - surat Pekeliling dari Kementerian / JPN yang ada kepentingan dengan guru - guru akan diedarkan dari
masa ke semasa. Guru - guru diminta mengambil tindakan daripada Pekeliling itu dan melaksanakan apa - apa
arahan yang diberi dengan cepat dan tepat.
(23) KEGIATAN KOKURIKULUM
23.1 Kegiatan badan beruniform / persatuan, sukan dan permainan hendaklah dijalankan dengan sempurna. Guru
yang terlibat hendaklah melatih murid mereka supaya memperolehi kejayaan. Perancangan awal perlu dibuat
untuk mempastikan kejayaan di peringkat sekolah, kelompok, daerah dan negeri.
23.2 Semua murid diwajibkan menjadi ahli dalam persatuan, badan beruniform dan satu atau lebih dalam
permainan / olahraga.
(24) PAKAIAN GURU
24.1 Semasa mengajar di bilik darjah :
24.1.1 Guru lelaki berbaju dan seluar (kemas) dengan baju di dalam kecuali jaket, berkasut dan bertali
leher.
24.1.2 Guru perempuan berpakaian yang sesuai dan kemas (Pakaian ketat dan menjolok mata tidak
digalakkan).
24.1.3 Guru - guru digalakkan berpakaian batik pada setiap hari khamis setiap bulan.
24.2 Semasa aktiviti Pendidikan Jasmani :
24.2.1 Pakaian track yang sesuai
24.2.2 Guru yang terlibat dengan PdP Pendidikan Jasmani dibenarkan berpakaian PJ semasa mengajar di
kelas.
24.3 Semua guru hendaklah memakai tanda nama sepanjang bertugas di sekolah.
(25) KOMITMEN GURU TERHADAP MESYUARAT
25.1 Semua guru adalah diwajibkan menghadiri setiap mesyuarat yang berkaitan kecuali atas sebab – sebab yang
tidak dapat dielakkan seperti sakit, hal - hal keluarga dan kecemasan kerana surat dan nota makluman
mesyuarat akan diedar seminggu sebelum tarikh mesyuarat akan berlangsung.
25.2 Bagi kes - kes khas, panggilan mesyuarat secara add - hoc juga akan diguna pakai bila perlu dan juga
diwajibkan hadir bagi guru - guru yang berkaitan dengan mesyuarat berkenaan.
25.3 Guru yang tidak dapat menghadiri sesuatu mesyuarat dikehendaki mengemukakan surat pengecualian
46 | P a g e