Page 75 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH BANDAR BARU PUTERA
P. 75
11.2 Semasa syarahan atau ceramah disampaikan beberapa guru akan ditugaskan berada di dalam majlis itu.
Seorang guru bertindak sebagai pengerusi majlis dan seorang lagi sebagai pencatat. Semua catatan hendaklah
diserahkan kepada Guru Besar.
(12) PERTANDINGAN DAN PERADUAN
12.1 Murid - murid seharusnya digalakkan mengambil bahagian didalam pertandingan dan peraduan anjuran
Kelompok, PPD, JPN, KPM atau badan swasta. Peraduan ratu cantik adalah diharamkan.
(13) URUSAN LUAR DALAM MASA PERSEKOLAHAN
13.1 Guru - guru yang terpaksa keluar kerana sesuatu urusan sekolah, PPD, JPN atau untuk mendapat rawatan
perubatan hendaklah memberitahu Guru Besar dan menulis catatan dalam Buku Keluar waktu bertugas yang
disediakan di pejabat sekolah.
(14) BUKU PERINGATAN (minit) MESYUARAT
14.1 Semua panitia mata pelajaran, persatuan, badan beruniform dan semua aktiviti yang dijalankan hendaklah
dicatat minit / peringatan mesyuarat dan aktiviti tersebut dalam sebuah buku. Buku ini hendaklah diserahkan
kepada PK Kokurikulum sebulan sekali untuk semakan dan pengesahan.
(15) PERAYAAN DAN SAMBUTAN SEKOLAH
15.1 Adalah menjadi kewajipan dan hak bersama setiap guru melaksana dan menjayakan acara - acara perayaan
dan sebarang sambutan yang diadakan. Kehadiran guru dalam majlis seumpama ini adalah diwajibkan.
(16) PENGGUNAAN TELEFON
16.1 Adalah wajar penggunaan telefon sekolah untuk hal - hal peribadi dikenakan bayaran. Perbualan hendaklah
seberapa ringkas yang boleh.
(17) KEGIATAN ANTARA SEKOLAH
17.1 Guru - guru diminta memberi kerjasama dalam bentuk moral atau material seperti penggunaan kereta untuk
urusan menghantar atau mengambil murid bagi sesuatu pertandingan / peraduan.
17.2 Sedikit imbuhan akan diberi mengikut keadaan.
(18) PERKHIDMATAN PERGURUAN
18.1 Sebarang masalah atau kemusykilan berhubung dengan perjawatan boleh dirujukkan kepada KPT/PT sekolah
atau Guru Besar. Jika masih belum selesai bolehlah dipanjangkan ke pihak PPD / JPN. Guru - guru dilarang
sama sekali menghubungi PPD / JPN mengenai perjawatan tanpa terlebih dahulu dirujukkan kepada pihak
sekolah.
(19) KEPERIBADIAN GURU
19.1 Sebagai pendidik, seseorang guru itu adalah menjadi model kepada murid dalam banyak aspek. Segala
tindaklaku, pakaian, pergaulan, sikap adalah merupakan aspek yang menjadi tontonan murid.
45 | P a g e