Page 79 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH BANDAR BARU PUTERA
P. 79
28.10.3 Kerjasama semua guru adalah amat perlu bagi memudahkan pihak pentadbir menyediakan jadual
guru ganti apabila ada guru yang tidak dapat hadir bertugas.
28.11 Guru yang sakit
28.11.1 Guru - guru yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit adalah dikehendaki menghubungi segera
PK1 supaya dapat ditentukan samada jadual guru ganti perlu disediakan atau tidak.
28.11.2 Sijil Cuti Sakit hendaklah diserahkan kepada Guru Besar seberapa segera yang boleh. Cuti Sakit
daripada doktor Swasta tidak boleh lebih daripada 14 hari. Jika sesuatu cuti sakit itu melebihi 2 hari
maka ia hendaklah disahkan oleh doktor kerajaan.
28.11.3 Guru yang keluar dari kawasan sekolah atas sebab - sebab membawa anak, suami atau isteri untuk
mendapatkan rawatan doktor perlu membawa pulang ke sekolah ‘Time Slip’ sebagai prosedur bukti
sah.
28.12 Keluar kawasan sekolah
28.12.1 Guru - guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah kecuali atas arahan Guru Besar atau
untuk mendapatkan rawatan doktor atau atas urusan yang berkaitan dengan sekolah.
Walaubagaimanapun kebenaran dari Guru Besar hendaklah diperolehi terlebih dahulu dan
kebenaran adalah atas budi bicara Guru Besar dan direkod ke dalam Buku Keluar Waktu Bertugas
yang disediakan di pejabat serta disahkan oleh PK.
28.12.2 Masa ‘Free Period’ tidaklah bererti guru - guru boleh keluar dari kawasan sekolah sewenang -
wenangnya. Masa tertentu hendaklah diguna untuk kerja - kerja persediaan buku kerja murid.
28.12.3 Perlulah diberi perhatian bahawa perkara ini adalah satu perkara yang serius kerana jika berlaku
sesuatu malapetaka hingga menyebabkan kematian kepada guru - guru yang keluar dari kawasan
sekolah atas urusan peribadi dan tanpa kebenaran akan mengakibatkan wang persaraannya
ditahan.
28.13 Murid pulang awal
28.13.1 Murid yang ingin pulang lebih awal atas sebab – sebab tertentu hendaklah melaporkan ke pejabat
(Penolong Kanan, Penyelia Petang atau Guru Bertugas) supaya dapat dicatatkan kedalam buku khas
di pejabat.
28.13.2 Murid tersebut hendaklah membawa sebarang surat dari ibu bapa atau penjaga sekiranya murid
tersebut pulang sendiri atau ditemani / diambil oleh waris selain daripada ibu atau bapanya. Bagi
murid yang akan diambil oleh ibu bapa / penjaga, guru hendaklah pasti bahawa mereka yang
datang itu dikenali oleh murid sendiri.
28.14 Bayaran tambahan
28.14.1 Pihak sekolah dibenarkan mengutip sumbangan PIBG setelah mendapat persetujuan dalam
mesyuarat Agung PIBG dan diluluskan oleh pihak Pendaftar di JPN
28.15 Peraturan sekolah
28.15.1 Guru Kelas hendaklah mempamerkan peraturan sekolah di kelas masing - masing supaya murid -
murid dapat membacanya. Jika perlu, guru kelas diminta mengambil sedikit masa untuk membaca
dan memberi penerangan kepada murid – murid.
49 | P a g e