Page 78 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH BANDAR BARU PUTERA
P. 78
28.3.4 Penasihat kepada PIBG.
28.3.5 Penglibatan dalam aktiviti Pendidikan Jasmani.
28.4 Rancangan tahunan dan penggal
28.4.1 Hendaklah ditulis dalam 2 penggal. Susunan tajuk - tajuk hendaklah disusun secara seimbang dan
bersesuaian dengan keupayaan murid - murid di dalam kelas. Semua rancangan hendaklah ditulis
tangan atau ditaip.
28.5 Rancangan Harian
28.5.1 Guru - guru diminta menulis rancangan harian dengan lebih terperinci dan tidak sekadar tajuk
sahaja. Rancangan harian hendaklah mengikut susunan yang disyorkan dalam kursus - kursus KSSR
bagi setiap mata pelajaran.
28.6 Rekod Prestasi Murid
28.6.1 Hendaklah disediakan dan dikemaskini setiap masa. Rekod ini hendaklah disimpan di dalam fail atau
ruangan prestasi di E-RPH. Rekod prestasi adalah satu dokumen yang akan disemak apabila pihak
Nazir Bebas datang melawat sekolah.
28.7 Pendaftaran Murid tahun 1
28.7.1 Guru Kelas Tahun 1 diminta mendaftarkan murid masing - masing ke dalam Buku Pendaftaran
Sekolah (BPS) apabila Jadual Kedatangan Murid (JKM) telah disempurnakan. Segala butiran yang
terdapat di dalam BPS hendaklah diisi dan nombor pendaftaran setiap murid hendaklah dicatatkan
ke dalam JKM.
28.8 Menepati masa
28.8.1 Semua guru hendaklah sampai ke sekolah sekurang - kurangnya 10 minit sebelum loceng bagi
waktu pertama dibunyikan. Guru - guru hanya boleh pulang selepas loceng 1.20 pm dibunyikan.
28.8.2 Guru - guru juga diminta hadir lebih awal atau tepat pada masanya untuk segala aktiviti sekolah
seperti aktiviti - aktiviti kokurikulum dsbnya.
28.9 Kerja bertulis murid
28.9.1 Kerja - kerja bertulis murid hendaklah diberi dengan secukupnya. Kerja - kerja ini seperti dalam
buku kerja atau buku rampaian adalah sebagai bukti bila diperlukan.
28.9.2 Kerja - kerja bertulis hendaklah disemak dengan teliti, diperiksa dan ditandatangani serta
diturunkan tarikh bila kerja itu disemak atau diperiksa.
28.9.3 Guru Besar atau Penolong Kanan akan menyemak buku - buku rampaian atau buku kerja murid dari
masa ke semasa. (Rujuk ms 36)
28.9.4 Guru Kelas diminta menghantar surat pemberitahuan kepada ibu bapa / penjaga murid yang
ponteng, malas atau nakal. Satu salinan surat tersebut hendaklah disimpan sebagai bukti tindakan
telah diambil terhadap mereka.
28.9.5 Kertas ujian penilaian / bulanan yang telah diperiksa hendaklah disimpan dalam fail mata pelajaran
murid. Ibu bapa serta murid hanya akan diberitahu markah yang dicapai sahaja
28.10 Rekod kehadiran guru
28.10.1 Semua guru adalah diminta supaya tidak lupa merakamkan kehadiran harian mereka ke dalam
Sistem Komputer Kehadiran Harian Guru sebaik sahaja sampai ke sekolah
28.10.2 Kehadiran / Waktu pulang mereka hendaklah dirakamkan setiap kali mereka hadir atau pulang
untuk / dari menjalankan tugas rasmi di sekolah.
48 | P a g e