Page 73 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH BANDAR BARU PUTERA
P. 73
PERATURAN SEKOLAH
(1) KEHADIRAN BERTUGAS
1.1 Waktu persekolahan rasmi ialah 7.40 pagi – 1.30 petang.
1.2 Guru - guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah selewatnya 10 minit sebelum 7.30 pg. Guru mestilah
berada dalam kawasan sekolah sepanjang masa.
1.3 Kehadiran bertugas guru pada setiap hari hendaklah dirakam ke dalam sistem komputer sebelum 7.20 pagi
dan sebelum 8.00 pagi untuk kakitangan sokongan yang lain.
1.4 Guru yang tidak hadir hendaklah memaklumkan segera kepada Guru Besar atau PK1 bagi memudahkan jadual
gantian diuruskan.
1.5 Kehadiran ke mesyuarat dan setiap aktiviti yang diadakan di sekolah hendaklah tepat pada masa yang
ditetapkan.
1.6 Rekod kehadiran guru dan kakitangan sokongan hendaklah dirakam ketika selesai dari tugas hari tersebut dan
jangan diuruskan pada hari - hari berikutnya. Kegagalan mematuhi peraturan ini akan menyukarkan guru
apabila timbul kes tidak diingini. Guru berkenaan akan dikira sebagai berada di dalam kawasan sekolah
sepanjang hari itu kerana buku kedatangan guru membuktikan guru belum pulang walaupun hakikatnya telah
pulang selepas jam 1.20 petang.
(2) PERHIMPUNAN MINGGUAN
2.1 Perhimpunan mingguan sekolah akan diadakan pada setiap hari Isnin. Perhimpunan kecil juga akan diadakan
pada setiap hari. Selain itu, perhimpunan juga akan diadakan jika difikirkan perlu bagi sesuatu tujuan tertentu.
2.2 Guru dan murid wajib hadir perhimpunan mingguan ini atau perhimpunan khas yang diadakan
2.3 Semua dikehendaki berpakaian kemas serta tidak menjolok mata bagi guru perempuan dan bagi guru lelaki
adalah digalakkan bertali leher dan memakai kemeja berlengan panjang.
2.4 Jika perhimpunan dibatalkan kerana hujan atau sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan, guru - guru yang
mengajar waktu pertama hari Isnin hendaklah berada di bilik darjah masing – masing dan mengarahkan
murid-murid membersihkan kelas.
(3) TIDAK HADIR BERTUGAS
3.1 Terdapat 2 cara membolehkan seseorang guru tidak hadir bertugas :
3.1.1 Bila mana seseorang guru itu sakit dan disyorkan oleh doktor yang merawatnya supaya berehat
3.1.2 Mengambil cuti gantian rehat yang permohonannya hendaklah 2 minggu sebelum tarikh
diperlukan. Tindakan tatatertib boleh diambil ke atas seseorang guru itu sekiranya beliau tidak hadir
bertugas tanpa sebab atau tanpa memberitahu pihak sekolah.
3.2 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor ialah suatu sijil memperakukan seseorang itu sakit dan layak diberi
cuti. Kuasa memberi cuti ialah Ketua Jabatan. Sekiranya seseorang guru itu disyorkan cuti oleh doktor, beliau
hendaklah menghubungi sekolah dengan segera untuk memberitahu hal tersebut supaya Guru Besar dapat
membenarkannya bercuti. Surat akuan doktor (MC) hendaklah dihantar pada hari yang sama.
(4) PERMOHONAN CUTI DAN KEBENARAN KELUAR NEGERI
4.1 Permohonan untuk keluar negeri hendaklah dibuat dengan menghantar 4 salinan borang yang dikhaskan 2
minggu sebelum tarikh diperlukan. Surat memohon kebenaran hendaklah disertakan bersama borang cuti.
4.2 Jika seseorang guru bercadang untuk keluar negeri pada hujung minggu atau cuti penggal, borang
43 | P a g e