Page 77 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH BANDAR BARU PUTERA
P. 77
mesyuarat yang memperakukan beliau akur atau setuju dengan setiap keputusan yang dibuat di dalam
mesyuarat tersebut. Surat perakuan ini akan difailkan sebagai rujukan pada bila - bila masa jika diperlukan.
(26) SENARAI TUGAS GURU
26.1 (Sila Rujuk Pekeliling Ikhtisas KPM Bil / (69) )
26.2 Segala pindaan dan perubahan yang dibuat selepas ini akan dimaklumkan kemudian.
26.3 Pihak Pengurusan SK BBP berharap semua guru akan menjalankan tugas seperti disenaraikan dengan penuh
rasa tanggungjawab bagi faedah agama, bangsa dan Negara.
(27) KEBERSIHAN SEKOLAH
27.1 Kebersihan sekolah adalah tanggungjawab semua warga sekolah dan bukanlah pada pekerja dan pentadbir
sekolah semata - mata. Semua guru diminta mengambil langkah sekurang - kurangnya mengingatkan murid -
murid supaya memelihara kebersihan sekolah, bilik darjah, tandas, kantin dan padang sekolah
27.2 Guru Kelas diingatkan supaya menjaga keadaan bilik darjah supaya menjadi suatu zon yang selesa dan
kondusif untuk kegiatan PdPc.
(28) PENGURUSAN KERJA
28.1 Kewangan
28.1.1 Mengawal dan menyemak pemberian perkapita, gaji kakitangan, rekod akaun, laporan kewangan
dan punca - punca kewangan SUWA dan Kerajaan.
28.1.2 Mengemaskini penyata akaun sekolah yang belum diaudit dan membuat tindakan susulan keatas
laporan audit.
28.1.3 Mengawal stok - stok dan harta benda sekolah.
28.1.4 Mengawal perjalanan yang dibuat oleh semua bidang / unit / panitia dan membuat
Anggaranperbelanjaan tahunan yang kos efektif.
28.2 Kemudahan Fizikal
28.2.1 Memastikan keadaan fizikal bangunan, padang dan persekitaran sekolah berada dalam keadaan
sempurna dan selamat.
28.2.2 Guru Kelas diingatkan supaya menjaga keadaan bilik darjah supaya menjadi suatu zon yang selesa
dan kondusif untuk kegiatan PdP.
28.2.3 Mempertingkatkan keceriaan dan kecantikan sekolah.
28.2.4 Menyelia dan menjaga kemudahan dan keselamatan sekolah.
28.2.5 Memastikan perabot sentiasa berada dalam keadaan baik dan membuat agihan yang berkesan.
28.2.6 Menyedia dan mengawal sistem pencegahan kebakaran
28.2.7 Bertanggungjawab ke atas harta benda sekolah.
28.3 Pembangunan Organisasi dan diri
28.3.1 Merancang dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus dalaman, perbincangan,
perkongsian maklumat, merangsang budaya, mencari maklumat dan pengetahuan serta memberi
peluang kepada guru dan staf memperkembangkan diri.
28.3.2 Mengawal “Learning Experience” berdasarkan pemerhatian data serta menggunakan maklumat
yang diperoleh untuk pembangunan “Learning Experience”.
28.3.3 Pelaksanaan kursus kesedaran dan penyungguhan kendiri guru.
47 | P a g e