Page 74 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH BANDAR BARU PUTERA
P. 74
permohonan keluar negeri sahaja perlu dihantar.
4.3 Cuti keluar Negara (seperti Singapura, Indonesia, Thailand) permohonan hendaklah dibuat dalam 4 salinan
borang 3 bulan sebelum cuti diperlukan. (Rujuk P.Am Bab C)
4.4 Cuti untuk menunaikan fardu haji, tertakluk kepada syarat - syarat yang ditetapkan.
(5) CUTI TANPA REKOD
5.1 Guru - guru hendaklah memohon sendiri cuti tanpa rekod dan sertakan sama permohonan cuti daripada
badan penganjur. Permohonan hendaklah dibuat 2 minggu sebelum tarikh diperlukan (Perintah Am Bab C)
(6) SURAT AKUAN DOKTOR / Medical Certificate
6.1 Surat Akuan Doktor Kerajaan tidak ada had bilangan hari yang dibenarkan bercuti.
6.2 Surat Akuan Doktor Swasta hanya selama 15 hari dalam satu - satu tahun tertentu.
6.3 Surat Akuan Doktor Swasta luar negeri Perak hanya boleh diterima jika permohonan keluar negeri telah
dibuat dan jika tidak, tindakan tatatertib akan diambil kerana tidak hadir bertugas.
(7) HARTABENDA SEKOLAH
7.1 Semua harta benda sekolah tidak boleh dibawa keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran daripada Guru
Besar. Keselamatan harta benda adalah tanggungjawab si peminjam sekiranya mendapat kebenaran daripada
Guru Besar.
(8) SURAT MENYURAT RASMI
8.1 Semua urusan surat rasmi hendaklah dibuat melalui Guru Besar.
8.2 Guru - guru dilarang membuat perhubungan dengan mana - mana kedutaan asing, kenyataan akhbar, parti
politik dll. Jika sangat perlu berbuat demikian hendaklah mendapat kebenaran GB.
(9) SEBARAN RISALAH / MAKALAH / PEKELILING
9.1 Sebarang edaran samada bertulis atau bercetak dengan tujuan menyampaikan penerangan atau apa - apa jua
tajuk samada untuk guru - guru mahupun murid - murid atau kedua - duanya sekali dalam kawasan sekolah
hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran Guru Besar.
(10) DISIPLIN MURID
10.1 Semua guru adalah guru disiplin. Adalah menjadi tanggungjawab bersama mengawasi disiplin murid - murid
disamping menerapkan nilai - nilai murni dikalangan murid.
10.2 Setiap masalah disiplin yang agak serius hendaklah dirujukkan kepada guru disiplin sekolah.
10.3 Hanya GB sahaja yang boleh menggunakan hukuman dera ke atas murid - murid. Selain itu guru yang telah
diberi kuasa oleh GB. Murid - murid perempuan tidak dibenarkan sama sekali dikenakan hukuman dera. Guru
lelaki tidak dibenarkan sama sekali menyentuh murid perempuan bagi maksud mendera / mendenda /
membelai. (Maksud dera di sini ialah merotan – Rujuk Peraturan Disiplin Salah Laku 1992 / 1993)
(11) CERAMAH DAN SYARAHAN
11.1 Semua penceramah yang hendak menyampaikan syarahannya dikawasan sekolah dimestikan mendapatkan
kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu.
44 | P a g e