Page 18 - Z-009-1-2017
P. 18

Muka Surat / Page :
             NO. KOD  / CODE NO.             Z-009-1: 2015-M01/P(1/3)

                                                                              Drpd / of                 :  10

             PENERANGAN/INFORMATION :

               1. Bahasa kerja



                  Dalam pelbagai bidang pekerjaan, kemahiran bahasa diperlukan untuk berkomunikasi
                  dengan pelanggan dan rakan kongsi sama ada  dekat atau jauh.Kemahiran bahasa

                  yang baik sudah tentu akan meningkatkan peluang pembangunan kerjaya.Semakin
                  tinggi tuntutan tugas, semakin tinggi kemahiran bahasa diperlukan.Pada masa yang

                  sama, keperluan kemahiran bahasa akan sentiasa meningkat dalam kerjaya pekerja.


                  1.1  Bahasa kerja boleh ditakrifkan sebagai bahasa yang digunakan dalam syarikat,

                  negeri, pertubuhan atau organisasi sebagai alat komunikasi.Bahasa kerja ini perlu
                  terutamanya dalam organisasi yang terdiri daripada ahli-ahli yang berlatar

                  belakangkan bahasa yang berbeza sebagai usaha untuk memastikan tiada kesilapan

                  dalam komunikasi.


                  1.2  Sebab utama untuk mewujudkan bahasa kerja adalah penjimatan kos kerana
                  tanpanya, akan ada keperluan menterjemahkan semua ucapan, kertas kerja,

                  keputusan dan memo ke dalam setiap bahasa.Walau bagaimanapun, bahasa pilihan
                  selalunya daripada bahasa yang dituturkan di tempat kerja itu sendiri.Bahasa

                  Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Jerman ialah bahasa bekerja paling biasa bagi

                  kebanyakan badan antarabangsa.Walaupun begitu, bahasa kerja bergantung pada
                  kawasan dan jenis organisasi.Jika mereka tidak biasa dengan bahasa tempatan yang

                  dituturkan, maka tafsiran perlu disediakan.


                  1.3  Dalam kerja-kerja harian, semua pekerja akan bekerja bersama-sama untuk
                  menyelesaikan tugas-tugas di syarikat itu.Ia adalah penting untuk mereka memahami

                  antara satu dengan lain.Jika ini tidak berlaku, salah faham yang berkaitan dengan

                  pelaksanaan tugas, boleh membawa kepada kemalangan.Perkara yang sama juga
                  timbul bagi beberapa senario yang menjurus kepada keselamatan, maka pentinglah

                  bahawa semua orang memahami antara satu dengan lain. Untuk memastikan semua

                  pekerja memahami arahan yang berkaitan, dan tanggungjawab kerja yang berkaitan
                  dengan tugas mereka, syarikat perlu mewujudkan garis panduan bahasa kerja yang

                  telah ditetapkan.Bahasa kerja adalah penting supaya komunikasi daripada pekerja ke
                  peringkat tertinggi organisasi, atau pun sebaliknya, berjalan dengan lancar.
                                                             2
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23