Page 20 - Z-009-1-2017
P. 20
Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. Z-009-1: 2015-M01/P(1/3)
Drpd / of : 10
2.2 Dialek ialah loghat atau bahasa daerah. Dialek mungkin berbeza daripada jenis
bahasa standard dari segi sebutan dan tatabahasa, atau mempunyai kata-kata yang
sama sekali berbeza. Disebabkan bukan semua orang yang memahami loghat atau
bahasa daerah, lebih elok dielakkan sahaja penggunaannya di tempat kerja.
2.3 Jargon ialah kata-kata atau ungkapan yang digunakan oleh orang yang bekerja
dalam bidang tertentu. Kata-kata dan ungkapan ini mungkin sukar difahami orang lain.
Jargon hanya boleh digunakan sekiranya bercakap atau menulis kepada orang yang
mengenali istilah yang digunakan. Sekiranya perlu menggunakan jargon ketika
berhadapan dengan orang yang bekerja dalam bidang yang berlainan, pastikan setiap
kata jargon diterangkan maknanya.
Menggunakan jargon apabila tidak perlu, terutamanya ketika berkomunikasi dengan
orang yang tidak mengenali istilah yang digunakan akan menjejaskan kejelasan dan
menyebabkan ketidaksejajaran antara mesej yang ingin disampaikan dan makna yang
difahami. Di samping itu, penggunaan jargon boleh dilihat sebagai cara untuk cuba
menyembunyikan fakta. Biasanya, orang lebih cenderung mempercayai kesahihan
maklumat yang diterangkan dengan ringkas dan jelas.
Unity-gain amplifier
Impedance buffer
Binary fission
Chemical kinetics
Facultative anaerobe
Rajah 2 Contoh jargon
3. Bahasa yang sesuai di tempat kerja
Bahasa yang anda gunakan di tempat kerja boleh mempengaruhi kejayaan dan imej
profesional anda. Penggunaan bahasa yang sesuai di tempat kerja juga memberi kesan
pada nama baik profesional anda. Oleh itu, anda perlu sentiasa berhati-hati untuk
memastikan penggunaan bahasa yang sesuai di tempat kerja.
4