Page 234 - Z-009-1-2017
P. 234
NO. KOD / CODE NO. Z-009-1: 2015-M01/P(3/3) Mukasurat / Page :
Drpd / of : 11
PENERANGAN/INFORMATION :
1. Tujuan Membaca
Kebolehan membaca diperlukan di kebanyakan tempat kerja. Membaca adalah penting
kerana memberi penerangan sebelum melakukan sesuatu tugas. Oleh itu, tujuan
membaca di tempat kerja secara amnya ialah untuk memahami penerangan dan arahan.
1.1 Membaca Teks
Membaca teks ialah kebolehan memahami bahan bacaan dalam bentuk ayat dan
perenggan. Kebolehan ini penting untuk memahami maklumat bertulis dalam pelbagai
jenis dokumen kerja. Kemahiran ini digunakan untuk mencari maklumat, mengimbas
untuk mencari makna dan menggabungkan maklumat daripada pelbagai sumber.
Kebolehan ini diperlukan untuk membaca bahan seperti arahan kerja, emel, memo,
manual kesihatan dan keselamatan, polisi dan laporan.
1.2 Penggunaan Dokumen
Penggunaan dokumen ialah kebolehan mencari dan menggunakan maklumat yang
diperlukan daripada paparan maklumat yang mengandungi perkataan, angka, simbol dan
visual yang lain.
Kebolehan ini digunakan untuk membaca ikon, label, senarai, jadual, borang, graf, papan
tanda, peta, tolok, imej, skema, skrin sesentuh, dan lukisan teknikal yang merupakan
contoh paparan maklumat di tempat kerja.
2. Jenis Bahan Bacaan
Bahan bacaan di tempat kerja termasuk juga dokumen perniagaan. Dokumen perniagaan
boleh berupa emel ringkas ataupun jenis komunikasi lain yang digunakan dalam urus
niaga harian. Sesetengah dokumen disediakan oleh majikan dan pemilik perniagaan,
sementara dokumen lain disediakan oleh profesional di luar organisasi.
2