Page 239 - Z-009-1-2017
P. 239
NO. KOD / CODE NO. Z-009-1: 2015-M01/P(3/3) Mukasurat / Page :
Drpd / of : 11
2.10 Dokumen Transaksi
Sesebuah organisasi menggunakan dokumen tertentu dalam transaksi dengan
pelanggan. Untuk menjimatkan masa, dokumen-dokumen ini biasanya berbentuk borang
seperti borang pesanan, halaman kiriman, invois dan resit.
Jenis dokumen transaksi berbeza mengikut jenis perniagaan. Agen insuran, misalnya,
mengeluarkan permohonan insuran dan polisi, sementara seseorang pemiutang
mengeluarkan dokumen permohonan pinjaman dan gadai janji. Dalam sesetengah
bidang, perniagaan membuat perjanjian dan kontrak dengan pihak lain. Dokumen seperti
ini biasanya disediakan oleh peguam syarikat.
2.11 Dokumen Kewangan
Sesebuah perniagaan menggunakan dokumen kewangan untuk memastikan tidak
terkeluar daripada belanjawan. Ia juga menyediakan cadangan belanjawan dan borang
cukai pendapatan. Dokumen kewangan termasuk rekod resit, laporan pembayaran gaji, bil
berbayar, penyata akaun bank, penyata pendapatan, kunci kira-kira dan penyata cukai.
Dokumen ini mungkin disediakan oleh pegawai akaun organisasi.
Pemilik perniagaan menggunakan dokumen ini untuk menentukan keuntungan syarikat
dan menentukan bahagian perniagaan yang kurang produktif. Ketua jabatan mungkin
menggunakan dokumen kewangan untuk menyediakan cadangan belanjawan.
Rajah 1 Kamus
7