Page 236 - Z-009-1-2017
P. 236
NO. KOD / CODE NO. Z-009-1: 2015-M01/P(3/3) Mukasurat / Page :
Drpd / of : 11
Untuk memudahkan pemahaman, maklumat dalam manual kerja biasanya disampaikan
menggunakan bahasa yang mudah dan jelas. Sekiranya perlu, ilustrasi seperti foto
disediakan untuk menerangkan dengan lebih jelas cara melakukan tugas tersebut.
2.3 Arahan Kerja
Arahan kerja ialah alat yang disediakan untuk membolehkan seseorang pekerja
melakukan tugasnya dengan betul. Ini bermakna bahawa tujuan arahan kerja ialah untuk
memastikan mutu dan sasarannya ialah pekerja. Arahan kerja boleh berbentuk:
i) Papan tanda
ii) Gambar atau grafik
iii) Kapsyen
Arahan kerja ialah garis panduan yang mesti diikuti dalam melakukan tugas atau cara
melakukan sesuatu tugas. Arahan kerja disediakan sebagai panduan pekerja dalam
empat bidang kualiti penting: latihan, rujukan, penyelesaian masalah dan
penambahbaikan berterusan.
2.4 Prosedur Kerja
‘Prosedur kerja’ ialah istilah yang digunakan untuk menerangkan proses atau prosedur
melakukan sesuatu tugas atau kerja. Prosedur kerja ialah dokumen contoh prosedur yang
menunjukkan proses, alat dan rangka kerja untuk memahami tanggungjawab dan tugas.
Prosedur kerja yang terperinci membantu dalam melakukan sesuatu tugas atau kerja
dengan betul. Prosedur kerja boleh berbentuk:
i) Papan tanda
ii) Bahan arahan
iii) Bahan bertulis
Prosedur kerja disediakan untuk mengenal pasti tugas yang harus dilakukan secara
langkah demi langkah dengan perincian tentang cara melakukannya dengan betul dari
mula hingga akhir. Prosedur kerja memainkan peranan penting dalam melakukan sesuatu
tugas atau kerja dengan selamat, menyediakan latihan yang seragam dan membantu
dalam penyiasatan.
4