Page 235 - Z-009-1-2017
P. 235

NO. KOD  / CODE NO.             Z-009-1: 2015-M01/P(3/3)         Mukasurat / Page :
                                                                              Drpd / of                :  11

              Antara bahan bacaan lain yang berkaitan tempat kerja ialah arahan kerja, manual
              prosedur, manual kesihatan dan keselamatan, polisi, laporan, Prosedur Operasi Standard

              (SOP),emel, dan memo.




































              2.1 Prosedur Operasi Standard (SOP)

              Prosedur Operasi Standard (Standard Operating Procedure atau SOP) ialah set arahan
              langkah demi langkah yang disediakan  oleh sesebuah organisasi untuk membantu

              kakitangannya melakukan tugas yang rutin. Arahan ini bertujuan mencapai hasil standard
              tertentu setiap masa, dan biasanya merupakan sebahagian proses yang lebih besar.



              SOP bertujuan mencapai hasil atau output dan prestasi berkualiti yang seragam secara
              efisien, sementara mengurangkan kemungkinan berlakunya salah komunikasi dan

              kegagalan mematuhi peraturan industri. SOP biasanya ditulis dengan terperinci supaya

              sesiapa yang mengetahui jalan kerjanya boleh  melakukan tugas dengan betul tanpa
              memerlukan penyeliaan.


              2.2 Manual Kerja

              Manual Kerja ialah buku panduan atau risalah yang ditulis sebagai panduan kerja
              kakitangan. Tujuan manual kerja ialah memberi maklumat ringkas atau gambaran

              menyeluruh tentang tugasnya.



                                                             3
   230   231   232   233   234   235   236   237   238   239   240