Page 11 - qiraat sab'ah
P. 11

Syarah Al-Syatibi


                                                          Prakata



                   Alhamdulillah,  syukur  ke  hadrat  ilahi  yang  telah  menerangkan  hati-hati  ahli
                   al-Quran  dengan  cahaya  pengetahuan  dan  menghiasi  mereka  dengan  cahaya
                   akhlak yang terpuji.

                   Segala  puji  kepada  Allah  S.W.T  kepada  mereka  yang  telah  melaksanakan
                   kewajiban  mengekalkan  KalamNya,  mengetahui  segala  huruf-hurufnya  dan
                   semua perkara yang berkaitan dengan Kitabullah sehingga ianya dapat difahami
                   dan dihayati dengan sempurna.


                   Al-Quran  adalah  Kalam  Allah  yang  telah  dibawa  secara  mutawatir  daripada
                   Rasullulah  hingga  kezaman  kita  hari  ini  dan  dijamin  tiada  perubahan,

                   sebagaimana Firman Allah S.W.T “                                 “.

                   Terdapat  beberapa  cara  bacaan  al-Quran  yang  disampaikan  oleh  Rasulullah
                   sebagaimana diwahyukan yang harus dibaca. Walau bagaimana pun sebahagian
                   besar  kaedah  tersebut  agak  terasing  dikalangan  masyarakat  kita.  Sehubungan
                   dengan itu, penulis mengambil nikmat ruang waktu dan masa yang Allah kurniakan
                   untuk bersama berkongsi sedikit ilmu al-Quran yang luas yang tiada penghujung
                   untuk manfaat bersama.

                   Buku  ini  ditulis  bagi  memberi  ruang  kepada  masyarakat  mendalami  ilmu  dan
                   tatacara  bacaan  al-Quran  yang  dikenali  dengan  ilmu  al-Qiraat,  khususnya
                   mengikut  Tariq  al-Syatibi.  Penulis  akan  menerangkan  kaedah-kaedah  bacaan
                   dengan  mendatangkan  matan  al-Syatibi  sebagai  sandaran  seterusnya
                   menerangkan  kaedah  bacaan  yang  dinyatakan  merujuk  kepada  riwayat  yang
                   mutawatir tanpa menerangkan maksud matan secara terperinci dari sudut bahasa
                   kecuali pada beberapa tempat yang dirasakan perlu.


                   Hal  ini  amat  amat  jarang  dibahaskan  dikalangan  masyarakat  kita  kerana
                   kekurangan  sumber  rujukan  perkara  tersebut.  Seharusnya  pembaca  yang
                   mentalaah  buku  ini  hendaklah  di  bawah  bimbingan  para  guru  yang
                   berpengetahuan khususnya dalam bidang qiraat. Penulis memohon kehadrat ilahi
                   semoga  usaha ini  diberkati serta memberi keberakatan di  dunia dan rahmat di
                   negeri  akhirat  serta  memberi  manfaat  kepada  pencinta  al-Quran  yang  ikhlas
                   kepada Allah S.W.T.

                   Salah dan silap adalah lumrah dan kelemahan manusia. Oleh kerana itu, kepada
                   pembaca lihatlah setiap kesalahan jika ditemui dalam buku ini, adalah kelemahan
                   penulis yang perlu diperbetulkan dengan penuh adab ahli al-Quran.





                                                              [vi]
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16