Page 14 - qiraat sab'ah
P. 14

Syarah Al-Syatibi


                   Pengertian al-Qiraat

                   Sebagaimana ilmu-ilmu yang lain, ilmu qiraat juga tidak terlepas dari definasi ilmu
                   yang diketengahkan oleh para ulama. Pelbagai istilah dan penjelasan yang telah
                   dikemukan  oleh  para  ulama  serta  menghurai  permasaalahan  yang  berkaitan
                   mengenai  ilmu  ini.  Oleh  kerana  itu  untuk  memahami  qiraat  secara  jelas,
                   seharusnya ruang lingkup dan bidang yang berkaitan dengannya diketahui secara
                   pasti.

                   Pernyataan dari sudut bahasa qiraat membawa maksud membaca yang diambil
                   dari kalimah arab. Ianya adalah lafaz jama` (ramai) kata terbitan dari katakerja
                   perkataan: ةءارق  –     أرقي  –     أرـق.


                   Dari sudut peristilahan pula terdapat beberapa pandangan yang diketengahkan
                   oleh para ulama yang menjelaskan pengertiannya. Di antaranya keterangan yang
                   dikemukakan oleh:

                          i.     Ibn al-Jazari ( w. 83H ) menjelaskan qiraat ialah suatu  disiplin ilmu
                                 yang membahaskan kaedah pelaksanaan sebutan kalimah-kalimah
                                 al-Quran  dan  perbezaannya  dengan  menisbahkannya  kepada
                                 mereka yang menaqalkannya (memindahkan).


                          ii.    Syeikh  Ahmad  bin  Muhammad  al-Banna  (w.  1117H)  berpendapat
                                 qiraat adalah satu cabang ilmu yang dapat ketahui persamaan atau
                                 perbezaan  dalam  periwayatan  kalimah-kalimah  al-Quran  seperti
                                 membuang atau mengekalkan  baris dan juga cara penyebutan satu-
                                 satu  kalimah  seperti  tashil,  raum  dan  sebagainya  yang  diambil
                                 secara talaqi musyafahah.

                          iii.   Al-Zarkashi  (w.794H)  memberi  pentakrifan  dengan  menyatakan
                                 al-qiraat ialah kekhilafan pada lafaz-lafaz al-Quran yang dinyatakan
                                 pada  penulisan  atau  pelaksanaannya  seperti  menyebut  dengan
                                 tebal, nipis, tashdid dan sebagainya.


                          iv.    Abd  al-Fattah  al-Qadi  (w.1403H)  berpendapat  qiraat  adalah
                                 merupakan  satu  ilmu  yang  membicarakan  tantang  tatacara
                                 menyebut  dan  mempraktikan  kalimah-kalimah  al-Qur’an    samada
                                 persamaan atau perbezaan dengan disandarkan kepada perawinya.

                   Penyataan di atas adalah merupakan sebahagian daripada beberapa pandangan
                   ulama  yang  telah  memberi  ulasan  serta  kupasan  tentang  peristilahan  qiraat.
                   Kesimpulannya,  setiap  istilah  yang  telah  dikemukan  oleh  para  ulama  tentang
                   qiraat  ini,  kesemua  pentakrifan  yang  dikemukakan  mempunyai  maksud  yang
                   hampir sama.

                   Istilah-istilah  yang  dikemukakan  adalah  berkisar  tentang  kekhilafan  dan
                   kesepakatan  yang  berlaku  pada  kalimah-kalimah  al-Quran  yang  disandarkan

                                                              [ix]
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19