Page 13 - qiraat sab'ah
P. 13

Syarah Al-Syatibi


                                                       Pengenalan

                   Al-Quran  merupakan  kitab  petunjuk  dari  Allah  SWT  yang  diwahyukan  kepada
                   junjungan  besar  Nabi  Muhammad  S.A.W  untuk  disampaikan  kepada  seluruh
                   manusia.  Kitab yang terakhir daripada Allah SWT ini, merupakan sumber rujukan
                   utama  dalam  ajaran  islam  yang  terkandung  segala  jawaban  terhadap  segala
                   persoalan sejagat, khususnya tentang kehidupan manusia dengan kaedah dan
                   aturan  yang  penuh  hikmah  serta  bijaksana.  Ianya  telah  mendapat  jaminan
                   daripada  Allah  SWT  tidak  akan  tergugat,  terpesong  dan  berubah  mengikut
                   perkembangan  dan  peredaran  zaman.  Jaminan  ini  telah  ditegaskan  oleh  Allah
                   S.W.T melalui firmannya:





                           Mafhumnya:

                                 Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Qur’an dan Kamilah yang
                                 memelihara dan menjaganya. (al-Hijr 15:9.)

                   Membaca  al-Quran  adalah  langkah  yang  paling  awal  dalam  penerokaan  ilmu
                   al-Quran  yang  terlalu  luas  ini,  sebagaimana  yang  dinyatakan  oleh  Allah  SWT
                   dalam firman-Nya:




                          Mafhumnya:


                                 Katakanlah  (wahai  Muhammad):  kalaulah  semua  jenis  lautan
                                 menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhan ku, sudah tentu
                                 akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhan
                                 ku,  walaupun  Kami  tambahi  dengan  lautan  yang  sebanding
                                 dengannya sebagai bantuan (al-Kahfi 18:109)

                   Ayat-ayat al-Quran  yang  diturunkan kepada Rasullulah S.A.W  merupakan satu
                   himpunan panduan secara langsung dari Allah S.W.T kepada umat manusia demi
                   menjamin kesejahteraan kehidupan mereka. Membacanya merupakan satu ibadat
                   yang dituntut dalam islam.  Namun begitu, membacanya perlu kepada syarat dan
                   peraturan  di  mana  terdapat  kaedah  serta  aturan  yang  perlu  diketahui  dan
                   dilaksanakan semasa membacanya.

                   Kesemua  kaedah  tersebut  telah  diajar  oleh  Rasullulah  SAW  dan  telah
                   dihimpunkan  oleh  para  ulama  terdahulu  dalam  satu  disiplin  ilmu  yang  dikenali
                   dengan ilmu qiraat. Ilmu ini adalah sebahagian dari pengajian ulum al-Quran dan
                   merupakan  ilmu  terawal  diajar  oleh  Rasulullah  kepada  para  sahabat.  Ianya
                   menjadi  salah  satu  dari  prasyarat  yang  telah  ditetapkan  oleh  para  ulama  bagi
                   melayakkan seseorang menafsir ayat-ayat al-Quran.


                                                             [viii]
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18