Page 17 - qiraat sab'ah
P. 17
Syarah Al-Syatibi
atau qiraat yang diperselisihkan perawiannya dari imam qiraat
sab`ah, di mana sebahagian ulama mengatakan bahwa qiraat itu
diriwayatkan dari salah seorang imam qira’at sab`ah dan sebahagian
lagi mengatakan bukan dari mereka. Qiraat masyhur diterima pakai
dalam pembacaan al-Quran dan tidak boleh diingkarinya.
iii. Ahad
Qiraat Ahad ialah qiraat yang sanadnya adalah sahih, tetapi tidak
membetuli dan bertepatan dengan Rasm Uthmani atau kaedah
bahasa arab. Qiraat ini tidak masyhur dan terkenal serta
perkembangannya tidak meluas di kalangan para qurra`
sebagaimana dua qiraat yang telah dinyatakan sebelum ini.
Membaca qiraat ini tidak termasuk dalam kategori ibadat membaca
al-Quran kerana qiraat ini tidak diiktiraf sebagai sebahagian dari
al-Quran. Sebagai contoh: qiraat yang diambil daripada Ibnu Abbas
pada ayat: ......... ( al-Taubah 9:128).
Pada kalimah huruf fa’(ف) dibaca dengan baris fathah
(atas) dan huruf sin (س) dengan baris kasrah (bawah). Bacaan
tersebut tidak masyhur di kalangan para qurra’ dan tidak seorang
pun dari kalangan imam qiraat tujuh yang telah disepakati mutawatir
meriwayatkannya dengan kaedah yang sedemikian.
iv. Shazah
Qiraat Shazah adalah qiraat yang mempunyai kecacatan pada
sanadnya serta tidak bersambung hingga kepada Rasulullah SAW
seperti qiraat yang disandarkan kepada Ibnu al-Sumaiqa` pada ayat:
(Yunus: 92). Pada kalimah “ ”
Beliau membaca pada huruf jim (ج) tersebut dengan huruf ha (ح)
dan pada kalimah huruf lam (ل) dibaca dengan baris fathah
(atas).
v. Maudu`
Qiraat Maudu` adalah qiraat yang direka-reka dan disandarkan
kepada seseorang tanpa mempunyai asal usul sandaran yang
sebenarnya. Sebagai contoh: qiraat yang disandarkan kepada Abu
Hanifah, yang dihimpun oleh Abu Fadl Muhammad bin Jaafar al-
Khuza`i sebagaimana yang dipetik oleh Abu Qasim al-Huzaili
pada membaca ayat: ......... (al-Fatir:28). Pada
[xii]