Page 18 - qiraat sab'ah
P. 18

Syarah Al-Syatibi


                                 ayat ini kalimah        dibaca dengan rafa` (baris depan) dan pada

                                 kalimah           dibaca dengan mansub (baris atas).

                          vi.    Mudraj


                                 Qiraat Mudraj adalah bacaan yang ditokok tambah dengan kalimah-
                                 kalimah  lain  sebagai  tafsiran.  Perjelasan  qiraat  ini  mempunyai
                                 persamaan sebagaimana pada pengertian hadis al-mudraj. Dalam
                                 qiraat ini lafaz-lafaz atau ayat-ayat   al-Quran  telah ditokok tambah
                                 bertujuan untuk memperjelas maksud al-Quran  seperti qiraat Sa`ad
                                 bin  Abi  Waqas    (w.664H)  pada  membaca  firman  Allah  :..........


                                                   (al-Nisa`:12) iaitu dengan menambah lafaz
                                 selepas  kalimah         .    Dengan  demikian  ayat-ayat  yang  dibaca
                                 akan bertambah daripada yang sebenarnya.


                   Perbezaan qiraat sebagaimana yang telah dinyatakan membuktikan kepada kita
                   bahawa  ulama  terdahulu  telah  memainkan  peranan  yang  sangat  penting  bagi
                   memastikan kelangsungan al-Quran  tetap terpelihara. Oleh kerana itu, menjadi
                   kewajiban  kepada  generasi  terkemudian  menyambung  usaha  yang  telah
                   dimulakan  bagi  memastikan  ayat-ayat  al-Quran    yang  akan  diwarisi  oleh  umat
                   yang seterusnya sebagaimana diterima dan disampaikan oleh Rasullulah SAW.
                   Setiap  umat  islam  perlu  peka  terhadap  setiap  patah  ayat-ayat  yang  didakwa
                   sebagai sebahagian dari   al-Quran.

                   Perbezaan Qiraat, Riwayat Dan Turuq

                   Sumber qiraat adalah merupakan satu riwayat yang bersifat tauqifi bukan ijtihadi
                   mahupun qiyas. Pengetahuan tentang turuq merupakan satu subjek yang amat
                   penting dalam pembelajaran ilmu qiraat. Perbezaan turuq akan memberi kesan
                   pada status wajah qiraat sekalipun berasal dari perawi yang sama. Sehubungan
                   dengan  itu,  seseorang  yang  membaca  al-Quran  hendaklah  memahami  dan
                   mengetahui susur galur bacaan yang diamalkan supaya tidak berlaku talfiq pada
                   bacaan. Al-Nuwairyy menyatakan hukumnya haram atau makruh atau tercela bagi
                   seseorang yang membaca al-Quran dengan talfiq atau tarkib qiraat (Pengertian
                   talfiq atau tarkib ialah mencampur satu tariq dengan tariq yang lain).

                   Kesimpulannya bacaan dengan talfiq atau tarkib qiraat adalah ditegah. Di dalam
                   perbahasan ilmu berkaitan dengan bacaan al-Quran, pergunaan kalimah qiraat,
                   riwayat dan turuq hendaklah diketahui dan difahami dengan sebaiknya. Kesemua
                   kalimah tersebut mempunyai maksud yang harus diteliti bagi memantapkan lagi
                   pengetahuan tentang kaedah yang berkaitan dengan bacaan al-Quran.

                   Riwayat pula ialah seseorang yang mempelajari ilmu qiraat daripada seseorang
                   imam.  Manakala turuq pula adalah rantaian riwayat qiraat yang yang disandarkan
                   kepada perawi. Dalam pembelajaran ilmu qiraat terdapat dua tariq yang masyhur
                                                             [xiii]
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23