Page 16 - qiraat sab'ah
P. 16

Syarah Al-Syatibi


                   Jenis Al-Qiraat

                   Bertitik tolak dari prasyarat yang digariskan, Ibn al-Jazari telah mengkategorikan
                   qiraat kepada enam bahagian.  Pembahagian tersebut sebagaimana berikut:


                          i.     Mutawatir.

                                 Qiraat mutawatir adalah qiraat yang diriwayatkan oleh segolongan
                                 ramai yang mustahil berlaku pendustaan di kalangan mereka. Selain
                                 dari  itu,  rangkaian  periwayatannya  bersambung  hingga  kepada
                                 Rasulullah. Terdapat perbezaan pendapat di kalangan para ulama
                                 dalam  menentukan  jumlah  bilangan  periwayat  dalam  menentukan
                                 sesuatu qiraat itu dilabelkan sebagai qiraat yang mutawatir.


                                 Sebahagian  dari  mereka  menyatakan  bilangannya  adalah  enam
                                 orang, ada yang  berpendapat dua  belas orang, dua  puluh, empat
                                 puluh atau tujuh puluh orang. Qiraat yang mencapai bilangan riwayat
                                 yang  mutawatir  ini  adalah  qiraat  yang  sah  dan  diketegori  sebagai
                                 qiraat al-Quran serta diiktiraf sebagai ibadat apabila membacanya.
                                 Qiraat ini adalah merupakan sumber asas dalam penetapan perkara-
                                 perkara yang berkaitan dengan hukum-hakam agama.

                          ii.    Masyhur

                                 Qiraat Masyhur merupakan qiraat yang sanadnya adalah sahih serta
                                 diriwayatkan oleh perawi yang adil dan dabit tetapi tidak memenuhi
                                 kriteria mutawatir. Tidak terdapat kecacatan serta bertepatan dengan
                                 kaedah bahasa arab dan juga Rasm Uthmani. Qiraat ini terkenal di
                                 kalangan para qurra’ dan wajib diakui sebagai  al-Quran dan tidak
                                 boleh diingkari.

                                 Melihat dari perspektif definisi ini dapat difahami bahawa qiraat yang
                                 diklasifikasikan  sebagai    masyhur  ialah  qiraat  yang  sahih  dan
                                 mempunyai  sanad  yang  bersambung  hingga  kepada  Rasulullah
                                 SAW. Qiraat ini telah diriwayatkan oleh beberapa orang yang adil
                                 dan  kuat  hafalannya.  Bertepatan  dan  bersesuaian    dengan  salah
                                 satu Mushaf Uthmani, tidak kira sama ada qiraat itu diriwayatkan dari
                                 imam qiraat  sab`ah, asyarah ataupun imam-imam lain yang dapat
                                 diterima qiraatnya dan dikenali di kalangan ahli qiraat bahawa ianya
                                 tidak  salah  dan  tidak  shaz.  Darjatnya  tidak  sampai  kepada  tahap
                                 mutawatir di sebabkan perawinya tidak sebanyak qiraat mutawatir
                                 walaupun  perawinya  memenuhi  syarat  jujur,  adil  dan  kuat
                                 hafalannya.

                                 Selain  itu,  ianya  menepati  kaedah  bahasa  arab  dan  sesuai  pula
                                 dengan mushaf yang dikumpulkan oleh Khalifah Uthman bin Affan
                                 dan  masyhur  di  kalangan  qurra’  sebagaimana  qiraat  yang
                                 dipopularkan  oleh  Abu  Jaafar  bin  Qa`qa`  dan  Yaaqub  Al-Hadrami
                                                              [xi]
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21