Page 25 - qiraat sab'ah
P. 25
Syarah Al-Syatibi
`
`
Nama sebenar beliau ialah Nafi bin Abd al-Rahman bin Abi Nu aim al-Laith
al-Madani berasal dari Isfahan (Isfahan atau Asfahan terletak sekitar 340 km
selatan Teheran merupakan kota ketiga terbesar setelah Teheran dan Masyhad)
Dilahirkan dalam lingkungan tahun 70H dan meninggal dunia pada tahun 169H.
Seorang yang berkulit hitam tetapi mempunyai wajah yang menarik, bersifat mulia,
peramah dan suka bersenda gurau. Beliau mengambil bacaan al-Qur`an
daripada tujuh puluh orang dari kalangan tabi`in yang bersambung sanadnya
hingga kepada Rasulullah, antaranya:
i. Abu Jaafar al-Qari (Beliau adalah Yazid bin al-Qa`qa`) salah seorang
daripada qurra’ sepuluh dan merupakan tab`in yang terkenal. Dia juga
dikenali dengan nama Jundab bin Fairuz dan dikatakan juga dengan
nama Fairuz. Meninggal pada tahun 130H. Terdapat pendapat yang
mengatakan pada tahun 132H, 129H, 127H dan 128H. membaca
daripada Abdullah bin `Ayyash (Dikenali dengan Aba Al-Harith
`
al-Makhzumi bin Abi Rabi`ah) dari kalangan tabi in yang terkemuka.
Beliau telah syahid bersama Ubaidillah bin Abi Bakrat di Sajastan
pada tahun 78H. Setengah berpendapat selepas tahun 70H),
membaca dari Abdullah bin Abas (w.68H) dan Abu Hurairah
(w.57/58H). Ketiga-tiga mereka mengambil bacaan daripada Ubai bin
Kaab (w. 21H) yang mengambil bacaan daripada Rasullulah .
`
ii. Abdul Rahman bin Hurmuz al-A raj (merupakan salah seorang dari
kalangan tabi in yang terkenal. Meninggal pada tahun 117H di
`
Iskandariah. Setengah pendapat mengatakan pada tahun 119H yang
juga mengambil bacaan daripada Abdullah bin `Ayyash, Abdullah bin
Abas dan Abu Hurairah.
iii. Muslim bin Jundab (Beliau adalah Muslim bin Jundab Abu Abdullah
al-Hazli) dari kalangan tabi in yang terkenal. Meninggal selepas tahun
`
110H di Madinah. Menurut al-Ahwazi pada tahun 130H pada masa
pemerintahan Marwan bin Muhammad. Mengambil bacaan dari Yazid
bin Ruman (seorang qari, muhadith dan faqih). Meninggal pada tahun
120H. Menurut al-Dani beliau meninggal pada tahun 130H dan
terdapat mengatakan pada tahun 119H ) dan Shaibah bin Nisah
(Beliau adalah Shaibah bin Nisah bin Sarjis bin Yaaqub) salah seorang
muqri di Madinah. Berkata al-Hafiz Abu al- A`la, beliau adalah salah
seorang qurra` dari kalangan tabi in yang hampir dengan sahabat-
`
sahabat Rasullulah S.A.W dan dua orang isteri Baginda iaitu Ummu
Mukminin Aishah dan Ummu Salamah. Beliau adalah orang pertama
yang menulis dalam bab waqaf. Meninggal pada tahun 130H pada
masa pemerintahan Marwan bin Muhammad. Sebahagian pendapat
mengatakan pada 138H pada masa pemerintahan al-Mansur.
`
Mengambil bacaan daripada Abdullah bin Ayyash manakala Shaibah
bin Nisah juga mendengar bacaan daripada Umar bin al-Khatab
(w.23H).
[6]