Page 26 - qiraat sab'ah
P. 26
Syarah Al-Syatibi
iv. Salih bin Khawwat (beliau adalah Salih bin Khawat bin Jubir bin
al-Nu man al-Ansari al-Madani) dari kalangan tab in terkenal yang
`
`
mengambil bacaan daripada Abi Hurairah.
v. Ibn Shihab al-Zuhri (Nama sebenar ialah Muhammad bin Muslim bin
Ubaidillah bin Abdullah bin Shihab Abi Bakr Al-Zuhri al-Madani). Salah
seorang imam dan alim di Hijaz dari kalangan tabi in. Dilahir pada
`
tahun 50H setengah pendapat 51H dan meninggal pada tahun 124H
di Shaghab sempadan antara Hijaz dan Palestin. Mengambil bacaan
daripada Said bin al- Mussayib (Beliau ialah Sa`id bin al- Mussayib
bin Hazan al-Makhzumi Abu Muhammad) seorang yang alim dari
kalangan tabi`in. Meninggal pada tahun 94H ketika berusia 99 tahun.
Mengambil bacaan daripada Ibn Abas dan Abi Hurairah. Ibn Abas juga
membaca al-Quran daripada Zaid bin Thabit.
`
Dua orang perawi yang terkenal yang meriwayatkan qira`at Nafi ialah:
i. Qalun:
Beliau ialah Isa bin Mina al Madani Maula Bani Zahrah yang dikenali
dengan Abu Musa. Qalun adalah gelarannya. Merupakan anak tiri
kepada Imam Nafi`. Terdapat riwayat mengatakan Qalun adalah
gelaran yang diberi oleh Nafi` kerana keelokan suaranya yang diambil
dari perkataan Rum. Beliau dilahirkan pada tahun 120H dan
meninggal pada tahun 220 H dalam usia hampir seratus tahun.
Keistimewaan yang ada pada beliau ialah mampu mendengar bacaan
al-Qur’an dengan baik dan jelas walaupun beliau seorang yang pekak.
Qalun mempelajari al-Qur’an daripada Imam Nafi selama lima puluh
tahun.
ii. Warsh:
Uthman bin Sa`id al Misri dikenali dengan Aba Said. Warsh adalah
merupakan gelaran yang diberi kepadanya kerana kulitnya terlalu
putih. Beliau mengembara ke Madinah adalah semata-mata untuk
mempelajari al-Qur’an dari Nafi` dan pulang semula ke Mesir pada
tahun 155H. Dilahirkan pada tahun 110H di Mesir dan wafat pada
tahun 197H.
ِ ِ ِ ِ ِ
َّ
َ َُْ ْ رثاك ٍ يْثَ ك نبا وه هماَ قم اهيف الله دبع ُ ةكمو
لتعم موَ قْلا
ُ َْ
ُ ُْ ُ
ُُ ُ َ
َ
ُ
ََ
ٍ
لبـنُ ـق بَّ قَ لُلما وهو دنس ىَ لع دَّ ممُو هَ ل يِ زـبْلا د ْ حَْأ ىور َ
ٌ َُ
َ ْ
َِ َُ
ْ
َ
َ ُ
ُ
َ َ ََ
ُ
[7]