Page 29 - qiraat sab'ah
P. 29
Syarah Al-Syatibi
viii. Hamid bin Qais al-Araj : Beliau ialah Hamid bin Qais al-Araj Abu
Safwan al-Makki seorang qari yang thiqah dan dipercayai. Mengambil
bacaan dan bertalaqi dari Mujahid sebanyak tiga kali. Di antara mereka
yang mengambil bacaan daripadanya selain dari Abu Amr ialah Sufian
bin Uyainah, Ibrahim bin Yahya , Junaid bin Amru al-Adwani dan Abd
al-Warith bin Said. Meninggal dunia pada tahun 130H. Mengambil
bacaan dari Mujahid.
ix. Abdullah bin Abi Ishaq : Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Abi
Ishaq al-Hadrami al-Nahwi al-Basri datuk kepada Imam Yaaqub Ibn
Ishaq al-Hadrami salah seorang daripada imam qiraat sepuluh dan
merupakan di antara mereka yang terawal menyusun nahu. Beliau
telah meninggal pada tahun 129H. Menurut Yaaqub pula, datuknya
telah meninggal pada tahun 117H ketika berusia 88 tahun dan telah di
sembahyangkan oleh Bilal bin Abi Bardat. Beliau mengambil bacaan
daripada Yahya bin Yu`mar (Yahya bin Yu`mar Abu Sulaiman
al-`Adwani al-Basri) merupakan salah seorang dari golongan tabi`in
terkemuka. Menurut Imam al-Bukhari beliau adalah orang yang
pertama meletak titik pada mushaf. Meninggal pada tahun sebelum
90H) dan Nasr bin Asim (Beliau adalah dari golongan tabi`in).
Dikatakan di antara mereka yang terawal meletak titik pada mushaf.
Menurut al-Zahabi, beliau meninggal sebelum tahun 100H manakala
Khalifah pula mengatakan pada tahun 90.H). Kedua-duanya
mengambil bacaan daripada Abi al-Aswad (Zalim bin `Amr), dilahirkan
pada masa kenabian. Merupakan seorang ahli fiqh, hadith,
pemimpin,ahli nahu dan Meninggal pada tahun 69H ketika berusia 85
tahun ) yang mengambil bacaan daripada Uthman bin Affan dan Ali bin
Abi Talib daripada Rasullulah.
Terdapat dua riwayat Abu Amr yang masyhur yang meriwayatkan bacaan dari
beliau melalui perantaraan Yahya bin al-Mubarak al-Yazidi (Abu Muhammad
al-Basri al-Nahwi al-Muqri) dikenali dengan al-Yazidi kerana mempunyai hubungan
dengan Yazid bin Mansur. Meninggal dunia pada tahun 202H ) iaitu:
i. Al-Duri:
Beliau adalah Hafs bin Umar bin Abd Aziz bin Sabhan. Mengambil
bacaan daripada Yahya bin al-Mubarak al-Yazidi, Ismail bin Jaafar
dan al-Kisai. Orang yang pertama menghimpun ilmu qira`at.
Meninggal pada pada tahun 246H.
ii. Al-Susi:
Beliau ialah Saleh bin Ziyad bin Abdullah bin Ismail al-Raqiy.
Mengambil bacaan daripada Yahya bin al Mubarak al-Yazidi yang
[10]