Page 10 - Amali Bio 1
P. 10

Perbincangan


               1.  Bagaimanakah kepelbagaian makrofauna tanah dari dua lokasi berbeza?

                   Bolehkah anda cadangkan mengapakah terjadinya perbezaan antara mereka
                   Apakah parameter yang anda ukur yang boleh membantu anda untuk menerangkan

                   perbezaan-perbezaan berikut?

                       Perbezaan makrofauna yang didapati menerusi amali yang telah dijalankan dipengaruhi

                   oleh sifat fizikal dan kimia tanah itu sendiri.  Tanah di lokasi A kurang lembap berbanding
                   tanah di lokasi B.  Disebabkan itu, tanah di lokasi A lebih mampat berbanding tanah di lokasi
                   B.  Kelembapan dan kemampatan tanah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti giatnya

                   proses luluhawa batuan induk, jumlah bahan sisa yang telah diangkut dan dimendapkan,
                   jumlah bahan organik terhasil menerusi  proses pereputan, tindakan agen-agen geomorfik
                   seperti hujan dan angin dalam menghakis, mengangkut dan memendapkan bahan-bahan.

                   Kelembapan dan kemampatan tanah di kedua lokasi yang berbeza ini turut dipengaruhi oleh
                   bentuk muka bumi, tumbuh-tumbuhan asal, organisma hidup dan gangguan geomorfik yang

                   berubah-ubah.  Perbezaan ini telah mewujudkan satu ekosistem tanah yang terdiri daripada
                   makrofauna dan mikrofauna yang berbeza.


                       Jika dilihat dari aspek tekstur pula, tanah di lokasi A mempunyai tekstur tanah gambut
                   manakala  tanah  di  lokasi  B  mempunyai  tekstur  tanah  aluvium.    Perbezaan  tekstur  tanah

                   memainkan  peranan  yang  besar  kepada  keporosan  atau  keupayaan  lapisan  tanah  untuk
                   menyerap  air.    Tanah  Gambut  di  lokasi  A  merupakan  sejenis  tanah  yang  terbentuk  dari
                   pengumpulan  sisa-sisa  tumbuhan  yang  separuh  terurai.    Tekstur  tanah  gambut  yang

                   mempunyai kadar keporosan yang tinggi mampu menyerap lebih banyak air dalam masa
                   yang singkat dan jarang menyebabkan takungan air.  Tanah Aluvium yang diambil dari lokasi
                   B berasal dari batuan induk tanah liat, menjadikannya sentiasa lembap dan dapat menakung

                   air.  Hal ini kerana tanah liat mempunyai saiz yang paling kecil dan bahan ini tersusun padat
                   sehingga  tiada  sebarang  ruang  udara  bagi  membolehkan  air  masuk  dan  meresap  ke
                   dalamnya.









                                                              9
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15