Page 11 - Amali Bio 1
P. 11
Dalam eksperimen ini, kami telah meletakkan mentol pada bahagian atas dan dibiarkan
selama satu hari. Manakala di bahagian bawah, kami telah meletakkan bekas berisi air.
Kaedah ini mengaplikasikan gerak balas negatif haiwan terhadap cahaya yang terang,
kelembapan yang rendah dan suhu yang tinggi. Mentol yang diletakkan di bahagian atas
akan menghalau haiwan tersebut untuk bergerak ke bahagian bawah dan terperangkap ke
dalam air. Organisma makrofauna yang besar pula boleh dikumpulkan dengan tangan atau
disingkir keluar dengan tapis jaring terbuka.
Dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan bahawa tanah di lokasi B mempunyai jumlah
makrofauna dan mikrofauna yang lebih tinggi berbanding di lokasi A. Ini kerana, tanah di
lokasi B (kawasan taman herba unit kokurikulum) mempunyai kelembapan yang lebih tinggi
berbanding tanah A. Kelembapan yang tinggi adalah disebabkan oleh suhu yang rendah.
Kawasan bawah pokok ini sejuk dan ditutupi dengan dedaun ranting yang membuatkan
permukaan tanah di kawasan ini kurang padat. Tanah di lokasi A pula diambil di kawasan
terdedah, iaitu kawasan tasik. Suhu di lokasi A yang lebih tinggi menyebabkan kawasan ini
mempunyai kelembapan yang rendah kerana tidak dilindungi daripada pancaran matahari.
Selain itu, lokasi B mempunyai taburan kepelbagaian tumbuhan yang lebih tinggi
berbanding lokasi A. Tumbuh-tumbuhan seperti pokok nipah, pokok herba, pokok bunga raya
dan sayur-sayuran boleh dijumpai di kawasan tersebut dan menjadi salah satu sumber
makanan bagi mikrofauna dan makrofauna. Faktor ini jugalah yang telah menarik perhatian
organisma lain untuk mendirikan habitat di lokasi tersebut.
10