Page 12 - Amali Bio 1
P. 12

2.  Terangkan peranan makrofauna di dalam tanah tersebut?


                       Kebanyakan makrofauna berada di kedudukan 30cm pada tanah.  Makrofauna bergerak
                   ke dalam lapisan tanah yang lebih rendah apabila keadaan di permukaan menjadi sukar bagi
                   mereka.  Kebanyakan makrofauna berada di permukaan kerana lapisan ini mengandungi

                   sumber  makanan  dalam  bentuk  bahan  organik  (karbon  dan  nutrien)  dan  organisma  lain.
                   Secara  semulajadi,  makrofauna  berinteraksi  antara  organisma  sekali  gus  memainkan

                   peranan terpenting kepada tanah.

                       Peranan ini merangkumi aspek fizikal seperti regulasi struktur tanah.  Bagi aspek kimia

                   dan biologi pula, makrofauna berperanan dalam mengurangkan pencemaran, penguraian,
                   kitaran  nutrien,  pelepasan  gas  rumah  hijau,  melidungi  tumbuhan  dan  menggalakkan

                   tumbesaran  pokok  dan  sesaran.    Berikut  merupakan  makrofauna  yang  dapat  ditemui
                   daripada dua lokasi berbeza dan peranannya.

                    Cacing tanah                     Mengitar semula bahan organik
                    Lumbricus terrestris sp.         Meningkatkan nutrien tanah
                                                     Meningkatkan struktur tanah
                                                     Sumber makanan kepada pemangsa



                    Semut                            Membantu proses penguraian bahan organik
                    Solenopsis invicta sp.           Meningkatkan kesuburan tanah hutan melalui najisnya
                                                     Membina sistem saliran air dan pengudaraan melalui
                                                      pembinaan sarang dalam tanah



                    Siput                            Sumber makanan kepada pemangsa seperti burung,
                    Cerithidea obtusa sp.             pepatung dan cicak
                                                     Membekalkan protein dan nutrien lain kepada tanah


                    Nematod puru akar                Mengitar nutrien (mineralisasi, pelepasan nutrien)
                    Meloidogyne incognita            Menyebarkan mikrob seperti bakteria dan fungi
                    sp.                              Sumber makanan kepada organisma lain


                    Kutu tanah                       Penguraian bahan organik
                                                     Pembentukan struktur mikro tanah
                                                     Sumber makanan kepada pemangsa



                                                             11
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17