Page 13 - Amali Bio 1
P. 13
Kumbang larva Pengitar nutrien
Coleoptera sp. Meningkatkan kesuburan tanah
Kelekatu / anai-anai Pengurai bahan-bahan yang reput
Termitidae sp. Pengitar nutrien
3. Pada rajah jaringan makanan yang disediakan, labelkan jenis-jenis biota (contohnya
fungi, nematod dan lain-lain), apa yang mereka lakukan (pemangsa, pemakan daun dan
lain-lain) dan huraikan arah aliran tenaga berlaku.
Dimanakah pembentukan tenaga dan dimanakah pembentukan berakhir (puncak rantai
makanan). Apakah yang akan terjadi kepada tenaga dan nutrien apabila organisma
pada puncak rantai makanan mati?
Rantai makanan merupakan satu siri organisma dalam suatu ekosistem yang
dihubungkan kepada organisma lain. Konsep rantaian makanan dapat dijelaskan sebagai
hubungan pemakanan antara pengeluar, pengguna primer, pengguna sekunder dan
pengguna tertier yang melibatkan pemindahan tenaga untuk menjalankan aktiviti tumbesaran
dalam suatu ekosistem. Semua organisma biologi memainkan peranan terhadap ekosistem
bumi namun, pengguna mendapatkan tenaga dengan cara memakan organisma lain
manakala pengeluar menghasilkan tenaga mereka sendiri.
Berdasarkan rajah 4, tumbuhan hijau merupakan pengeluar kerana organisma ini
memperoleh tenaga dari cahaya matahari. Dalam rantaian ini, tumbuhan hijau menghasilkan
bahan organik yang merupakan sumber tenaga utama kepada beberapa organisma dalam
rantaian makanan. Tumbuhan hijau memperoleh tenaga menerusi proses fotosintesis.
Klorofil akan menyerap cahaya matahari dan menghasilkan tenaga untuk menukarkan gas
karbon dioksida dan air kepada karbohidrat. Kemudian, organisma yang memakan daun
dikenali sebagai pengguna aras pertama yang terdiri daripada nematod (pemakan akar), fungi
dan bakteria. Organisma ini berperanan dalam mengitar semula bahan yang telah mati
12