Page 15 - Amali Bio 1
P. 15
Dalam setiap perubahan tenaga, tenaga keupayaan berkurang kerana di dalam proses
tersebut, tenaga haba hilang di dalam sistem (Hukum Termodinamik Pertama). Sewaktu
makanan melalui satu organisma kepada organisma lain, tenaga keupayaan yang tersimpan
di dalam bekalan makanan berkurang setahap demi setahap sehingga semua tenaga di
dalam sistem tersebar sepenuhnya sebagai haba. Berdasarkan rajah 5, kira-kira 90% tenaga
hilang pada setiap peringkat. Walaubagaimanapun, apabila organisma di bahagian atas
(burung) mati, tenaga akan kembali semula ke dalam tanah sebagai sumber nutrien tanah.
Pada masa ini, nematod akan berperanan sebagai pengurai semula jadi kepada burung.
Tenaga semakin berkurang kerana ia bergerak dari satu fasa ke fasa yang lain dan akhirnya
ia akan hilang sebagai haba.
Kesimpulan
Terdapat pelbagai jenis spesis makrofauna dan mikrofauna di dalam tanah. Tanah yang subur
mempunyai bilangan dan jenis mikrofauna yang lebih banyak kerana dipengaruhi oleh kandungan
tanah dan organisma di sekelilingnya.
14