Page 234 - LAPORAN TAHUNAN 2023 PSSCM | MAP52
P. 234

Jurnal Dunia Pengurusan
                                                                          e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 5, No. 3, 1-14, 2023
                                                                            http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

             Cekak Pinggang pula merupakan satu perbuatan aksi spontan yang memperlihatkan gaya atau
             kelakuan mengepak dan meletakan kedua-dua tangan di pinggang. Ada peribahasa Melayu
             lama dari Kamus Peribahasa Melayu (Said, 2015 :602, 843) antaranya berbunyi;

                               Peribahasa                                    Takrifan
                   Jika sengaja hendak bercekak pinggang
                                                             Kalau hidup sengaja mencari perselisihan kelak
                   Tinggallah rebana beralih ke gelanggang   hancurlah kerukunan hidup yang aman dan damai,
                       Tak tahu pipit tak tahu enggang
                     Yang rapat kelak menjadi renggang       hubungan silaturahim menjadi tidak lagi mesra.
                     Menunduk kepala menghadap raja        Melakukan sesuatu haruslah beradab menurut tempat
                     Bertentang muka menghadap kawan         dan keadaan, tahu membezakan dengan siapa kita
                    Bercekak pinggang menghadap musuh                       berhadapan.

             Sementara Islam melarang perbuatan tersebut. Dua hadis Abu Hurairah r.a menyebut;

                  “Bahawa Rasulullah SAW melarang orang yang bersembahyang meletakkan tangan di
                  atas pinggangnya (bercekak pinggang)”.
                  “Bersembahyang bercekak pinggang adalah cara berehat ahli neraka”.

             Amalan mencekak pinggang dalam solat adalah perbuatan tidak sopan kerana amalan solat
             perlu sempurna mengikut tertib-tertibnya seperti berdiri lurus dengan kedua - dua belah tangan
             perlu ditelangkupkan di atas pusat yang dikenali sebagai qiam atau iktidal dengan kedua-dua
             tangan lurus kaku setelah perbuatan rukuk. Justeru hukum bercekak pinggang seperti mana
             hadis  ini adalah  makruh kerana ia  menyerupai  perbuatan  iblis  serta  amalan kebiasaan
             masyarakat Yahudi. Bahkan dari sudut tafsiran bahasa tubuh perbuatan bercekak pinggang
             menunjukkan keangkuhan atau gaya seseorang sedang marah dan bersedia untuk berkelahi. Ia
             juga dilihat sebagai menunjukkan ego kekuasaan atau berlagak sombong yang tidak sesuai
             dengan adab-adab kesopanan. Perbuatan ini tidak diajar di dalam pembelajaran ilmu Seni Silat
             Cekak Malaysia.

             Namun perkataan Cekak atau Cakak dalam dialek Patani atau Basa Ulu, Cakak Kulu, Cakap
             Pelek Ulu  atau  Basa Taning  di  selatan Thailand atau  pantai timur  Semenanjung  berbeza
             intonasi,  cara sebutan  dan pengertiannya seperti mana pengertian dalam Silat  Cekak serta
             bahasa Melayu standard. Dalam dialek tersebut Cekak atau Cakak bererti cakap atau ‘Kecek’
             dalam loghat Kelantan. Dalam dialek Terengganu sebutan ‘dok cakak’ bererti tidak larat atau
             penat, ‘dok cakkok’ bererti tidak bercakap dan ‘dok cakak nok’ bermaksud sudah memadai atau
             sudah mencukupi. Manakala dalam dialek Kelantan, cekak bermaksud harapan misalannya
             frasa ‘kawe tak dok cekak’ bermaksud ‘saya tiada lagi harapan’. Sementara di Jerantut, Pahang
             terdapat sebuah kampung bernama Ulu Cheka seolah-olah sebutannya sama dengan Cekak
             tetapi erti Cheka atau Chika dalam dialek Pahang lama tersebut bermaksud muntah. Ternyata
             indah sungguh bahasa Melayu kita!

             Kesimpulan
             Perkataan Cekak sememangnya memberikan  pelbagai  makna dan tafsiran yang berbeza
             berdasarkan kepelbagaian dialek, loghat dan intonasi suku-suku kaum dan etnik Melayu di
             Nusantara. Etimologi terhadap perkataan Cekak  jelas  melambangkan kekayaan berbahasa,
             pengertian serta adab bagi bangsa Melayu. Ia menjadi bertambah unik dari segi pengertiannya
             apabila berkait rapat dengan ilmu persilatan iaitu Silat Cekak yang merupakan sejenis ilmu
             bela diri bagi orang Melayu yang berasal dari negeri Kedah Darul Aman atau Semenanjung
             Tanah Melayu yang kini diterajui oleh Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.



                                                                                                     11
        200  Laporan Tahunan 2023 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
             Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
   229   230   231   232   233   234   235   236   237   238   239