Page 231 - LAPORAN TAHUNAN 2023 PSSCM | MAP52
P. 231

Jurnal Dunia Pengurusan
                                                                           e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 5, No. 3, 1-14, 2023
                                                                              http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

              Secekak  atau segenggam  juga boleh disamakan  dengan  perbuatan  Kepal  atau  Mengepal.
              Walaupun buah yang dipelajari dalam Silat Cekak dilihat sedikit atau sekepal tetapi ia perlu
              dipegang erat kerana banyak kebaikan yang boleh diperolehi sekiranya seseorang itu ikhlas
              dan tahu memanfaatkannya, bak kata peribahasa Melayu;

                                                  Setitik dijadikan laut
                                               Sekepal dijadikan gunung
                                            Alam terbentang dijadikan guru

              Segenggam juga menunjukkan Padu. Ia memperlihatkan sifat berpendirian, tegas dan disiplin.
              Segala kaedah dan sistem pelajaran Silat Cekak dapat memberikan keyakinan kepada para
              pengamalnya bahawa mereka telah mempelajari sebuah ilmu  rahsia  dalam  persilatan serta
              boleh  menggunakannya apabila terdesak bagi  tujuan mempertahankan diri.  Padu juga
              menunjukkan Silat Cekak mengajar para penuntutnya supaya menjaga perpaduan sesama ahli
              dan masyarakat seperti mana pantang larang silat ini yang merupakan etika perguruan (Janudin,
              1998: 55; Ahmad et al,. 2019: 18-20) antaranya tidak boleh bergaduh sesama ahli dan tidak
              boleh mencaci segala rupa bentuk silat Melayu asli.

              Di dalam bahasa Jawa, cekak bererti  ketat, terhad, pendek, sedikit  atau  sempit bergantung
              kepada konteks sesebuah ayat yang diungkapkan. Hakikatnya bahasa Jawa seperti mana bahasa
              Melayu merupakan sebahagian dari rumpun bahasa Austronesia yang telah berkembang luas
              di kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman yang telah memperkayakan dan mendominasi
              bahasa  Indonesia (Fitriani  &  Nabila, 2020:198-199). Contoh  penggunaan perkataan cekak
              dalam bahasa Indonesia adalah;

                    “Aku pengen berbisnis  tapi modalnya cekak”  ertinya  “Aku  ingin berniaga tetapi
                    modalnya sedikit”.

              Namun dalam bahasa Medan di Sumatera, cekak bermaksud kehabisan modal. Dalam dialek
              Betawi bermaksud tidak cukup ukuran, Cekok bermaksud dipaksa minum ubat (dialek Betawi),
              Cekka bermaksud melekat (dialek Madura), kasar atau tidak sopan (dialek Bali) atau Cikak
              sejenis kuih bagi kaum Cina di Cirebon. Justeru kita perlu faham maksud sesebuah perkataan
              walaupun seakan-akan sama bunyinya namun ia mempunyai pengertian berbeza.

              Sementara menurut Hartanti (2017:71) telah menjadi kebiasaan di dalam bahasa Indonesia
              yang bersifat dinamik akan menggabungkan atau meringkaskan beberapa perkataan menjadi
              satu perkataan disebut sebagai akronim, misalnya;

                    “Cerkak yaitu singkatan dari cerita cekak yang dalam bahasa Indonesia disebut
                    dengan cerita pendek atau sering disebut dengan cerpen”

              Cekak  juga bererti  Ringkas  pada dialek Jawa.  Dalam konteks  Silat  Cekak, sistem mata
              pelajarannya walaupun nampak sedikit dan ringkas namun ia tidak memerlukan pergerakan
              fizikal yang banyak. Menurut Ahmad et al,. (2019:18), 99 peratus buah Silat Cekak berdiri
              lurus menanti serangan dan gerak musuh, yang amat efektif untuk mempertahankan diri. Silat
              ini tidak berkuda-kuda, mengelak ke kiri kanan menangkis serangan atau mempunyai tari silat
              seperti mana lazimnya kebanyakan silat dan pencak silat yang lain. Bahkan uniknya Seni Silat
              Cekak Malaysia tiada langsung mempunyai sebarang buah mata pelajaran silat yang terhasil
              dari perbuatan mencekak pinggang seperti mana terdapat di dalam sesetengah ilmu persilatan
              (PSSCM, 1976: 35) atau seperti ilmu pencak silat yang mempunyai teknik sikap pasang, gerak

                                                                                                        8
                                                           Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-52 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia  197
              Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
   226   227   228   229   230   231   232   233   234   235   236