Page 228 - LAPORAN TAHUNAN 2023 PSSCM | MAP52
P. 228

Jurnal Dunia Pengurusan
                                                                          e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 5, No. 3, 1-14, 2023
                                                                            http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

             Funan sejak tahun 200 masihi hingga ke zaman penjajahan Sriwijaya pada tahun 683? Apakah
             penaklukan Sriwijaya tersebut dilakukan tanpa sebarang perlawanan oleh tentera Kedah? Jadi
             apa fungsi sebenar perisai besi kepada golongan Bujangga tersebut? Logikkah jika ia dicipta
             untuk dijunjung sebagai payung besi menahan hujan atau panas, dikendong sepanjang bertani
             atau disandang sepanjang memukat ikan atau menjadi pengadang bahang api sewaktu kerja-
             kerja peleburan besi atau dipikul ketika berdagang dan berburu? Jawapan sudah tentu tidak,
             sebaliknya pasti ia digunakan sebagai alat peperangan bagi menahan diri dari serangan senjata
             seperti pedang, tombak, anak panah dan sebagainya.

             Kedah Tua merupakan antara pengeksport utama produk-produk besi ke serata dunia semasa
             zaman  kegemilangan silamnya.  Contohnya  besi Kedah digunakan untuk membina  sebuah
             kereta kuda bagi pengangkutan puteri Tamil; Vacavathaththai semasa pengembaraannya ke
             Jayanthi (Saidin et al., 2011:23-24; Khaw & Zainun, 2017:277). Sementara beberapa pedang
             milik Rasulullah s.a.w seperti Al Qalai, Al Mathur, Zul Fakar dan al Rasub serta senjata para
             sahabat baginda banyak bercirikan seni tempa Alam Melayu sama seperti pembuatan keris dan
             sundang yang menjadi senjata ilmu bela diri Melayu (Surat, 2017: 43 - 44).

             Besi menjadi bahan utama keris dipercayai dicipta seawal abad ke 3 masihi ketika wujudnya
             tamadun Dong  Song di  Vietnam (Harsrinuksomo,  2004) yang merupakan wilayah kepada
                                   3
             tamadun Melayu Funan . Menurut Mohamad et al., (2011) seni cipta keris mempunyai falsafah,
             adab dan rahsia tersendiri selain menjadi aksesori pelengkap kepada pemakaian busana Melayu
             yang berfungsi sebagai satu bentuk pengenalan atau identiti diri, keturunan, pangkat, keilmuan
             serta kesaktian seseorang individu  selain menjadi  senjata mempertahankan diri  bagi  orang
             Melayu dengan ilmu silat atau ilat atau elat menjadi ilmu pelengkap dirinya.

             Justeru sebagai orang Melayu sudah pasti ilmu seni silat digunakan sebagai ilmu perang dan
             ilmu mempertahankan diri. HMM mencatatkan Kedah pernah melengkapkan pertahanannya
             bagi menghadapi pencerobohan asing dari utara. Bahkan Raja Merong Mahawangsa dan Raja
             Merong Mahapudisat sepanjang tahun 630an-640an pernah berperang dengan negeri-negeri
             kecil di  utara Tanah Melayu  untuk  mengasas  kerajaan Benua Siam bagi  melengkapkan
                                  4
             kesatuan Langkasuka  yang turut terdiri dari Perak, Patani dan Kedah sebelum ia dileraikan
             dengan penaklukan Sriwijaya pada tahun 683 masihi bagi  membentuk  persekutuan baharu
             bergelar mandala (Janudin & Yusoff, 2022; 21). Kisah terawal pertarungan diceritakan HMM
             di  antara Raja  Bersiong serta para pendekarnya dengan seorang pendekar  sakti bernama
             Kampar (Syafiq Hazir, 2019: 56-58) serta pertarungan Raja Buluh Betung; anak angkat Sultan
             Muzaffar Shah dengan Raja Sangkai di Kota Palas (Mohd Salleh, 1968:153-157) .
                                                                                           5

             Menurut Janudin (2021c: 27-28), Malaysia mengiktiraf seni silat sebagai Seni Warisan Negara
             pada tahun  2006 diikuti sebagai  Benteng  Pertahanan Ketiga  Negara  (2012), Seni

             3  Funan merupakan antara kerajaan tamadun Melayu terawal di Asia Tenggara, justeru ramai dalam kalangan
             orientalis Barat  dan segelintir  penyelidik tempatan cuba  mengaitkan  dan mendakwa  bangsa  Melayu sebagai
             bangsa pendatang dan penghijrah dari Yunan dan Tonkin di selatan China atau utara Vietnam ke Asia Tenggara
             yang dikenali sebagai  Malay-Deutro.  Perbincangan lanjut sila rujuk  Din, M. A. O. (2011). Asal usul orang
             Melayu: menulis semula sejarahnya (The Malay origin: rewrite its history). Jurnal Melayu, 7, 1-82.
             4   Sebelum wujudnya  kesatuan Langkasuka  pada 630an masihi  telah wujud  kesatuan Funan  yang menguasai
             kerajaan Tun Sun, Pan-Pan, Langkasuka, Tan-Tan, Koli dan P’u-lo-Chung pada 200 masihi. Pada abad ke 400
             masihi wujud kesatuan Kalathana terdiri dari kerajaan Kalathana (Kelantan), Thanathana (Terengganu), Gangga
             Negara (Perak) dan Koli (Pahang). Rujuk Zainun, N., & Khaw, N. R. (Eds.). (2016). Hubungan Politik dan
             Sosiobudaya China-Dunia Melayu Hingga Kurun ke-15 Masihi (Penerbit USM). Penerbit USM.
             5  Peperangan ini berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1135-1179); Raja Kedah yang pertama
             memeluk Islam. Baginda juga dikenali sebagai Raja Phra Ong Mahawangsa sebelum menjadi muslim.

                                                                                                      5
        194  Laporan Tahunan 2023 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
             Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
   223   224   225   226   227   228   229   230   231   232   233