Page 224 - LAPORAN TAHUNAN 2023 PSSCM | MAP52
P. 224

Jurnal Dunia Pengurusan
                                                                          e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 5, No. 3, 1-14, 2023
                                                                            http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

                   Etimologi Cekak Dalam Rumpunan Bahasa dan Budaya
                                             Persilatan Melayu


                                                                 1*
                                                 Shukri Janudin

                                       1  Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)

                                     * Pengarang Koresponden: shuxre75@hotmail.com

                       Received: 20 July 2023 | Accepted: 5 September 2023 | Published: 30 September 2023

                                       DOI: https://doi.org/10.55057/jdpg.2023.5.3.1
             ___________________________________________________________________________

             Abstrak: Kajian ini membincangkan mengenai etimologi atau asal-usul perkataan ‘Cekak’
             yang digunakan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) sejak tahun 1965 bagi
             merujuk  kepada sejenis silat  Melayu  yang berasal dari negeri  Kedah Darul  Aman.
             Perbincangan ini akan menghurai secara ringkas pengertian Cekak dari sudut sejarah, bahasa
             lisan  serta  perkaitan dengan budaya masyarakat  Melayu  di  Nusantara. Perkataan  Cekak
             tersebut  telah mengalami  proses  evolusi lisan  yang panjang  dengan berkembang,
             dipertuturkan serta diperturunkan secara meluas dari satu generasi ke satu generasi. Hasil
             kajian merumuskan bahawa perkataan  Cekak  mempunyai  maksud  tersendiri bertepatan
             dengan ciri-ciri terkandung di dalam ilmu Seni Silat Cekak yang berkembang di Semenanjung
             Tanah Melayu sejak abad ke 18 hingga kini.

             Kata Kunci: etimologi, Cekak, evolusi, bahasa, Kedah.

             Abstract: This study discusses the etymology or origin of the word ‘Cekak’ which has been
             used by the Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) since 1965 to refer to a type of
             Malay martial art originating from the state of Kedah Darul Aman. This discussion will briefly
             describe  the  meaning  of  Cekak from  the  perspective of  history, spoken  language,  and the
             relationship with the culture of the Malay community in the archipelago. The word Cekak has
             experienced a long oral evolution process by growing, being spoken, and passed down widely
             from one generation to another. The outcomes of the research concluded that the word Cekak
             apparently has its own meaning that coincides with the characteristics of Seni Silat Cekak that
             developed in the Malay Peninsula from the 18th century until nowadays.

             Keywords: etymology, Cekak, evolution, language, Kedah.
             ___________________________________________________________________________

             1. Pendahuluan

             Etimologi merupakan satu dari cabang ilmu linguistik bagi mengkaji sejarah asal-usul dan
             perkembangan sesebuah kata (Chaer, 2008). Menurut Durkin (2009:1-3) etimologi berasal dari
             etymos  bermaksud  kata  dan  logos  bermaksud  pengetahuan. Jika  digabungkan menjadi
             etymoslogos bermaksud pengetahuan mengenai kata. Ia merupakan satu bidang khusus bagi
             mengkaji asal-usul atau sejarah sesebuah kata atau perkataan. Sesebuah kosa kata biasanya
             diambil dari  pelbagai  sumber seperti  pertuturan  seharian, dialek setempat,  manuskrip dan
             prasasti lama serta bahasa-bahasa kuno yang diperbandingkan bagi mencari asal-usul sesebuah
             perkataan, bagaimana ia terbentuk dan siapa penuturnya. Kosa kata ini bersifat dinamik dengan



        190  Laporan Tahunan 2023 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia                                 1
             Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
   219   220   221   222   223   224   225   226   227   228   229