Page 225 - LAPORAN TAHUNAN 2023 PSSCM | MAP52
P. 225

Jurnal Dunia Pengurusan
                                                                           e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 5, No. 3, 1-14, 2023
                                                                              http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

              terus berevolusi serta berkembang menjadi sebuah bahasa yang dipertuturkan seharian dalam
              sesebuah masyarakat atau bangsa.

              Menurut Collins (2003) setiap kemasukan kosa kata atau perkataan ke dalam bahasa Melayu
              sudah pasti ada sejarahnya yang tersendiri.  Bahasa Melayu  merupakan cabang bahasa
              Austronesia yang berkembang pesat, pernah menjadi bahasa perantara atau lingua franca di
              Alam Melayu (Hassan et al,. 2017) sejak 3000 sebelum masihi hingga 500 masihi dan menjadi
              antara lima buah bahasa utama dunia dengan 200 juta orang penutur di seantero dunia (Herniti,
              2017:85-86). Bahasa Melayu menjadi bahasa pertuturan utama empayar Funan dan Champa
              sejak abad ke 400 masihi yang dikenali sebagai bahasa Kunlun atau bahasa Kolan oleh empayar
              Yunani sejak abad pertama masihi Zain (2021:84,93,106).

              Aksara dan tulisan Melayu Purba seperti Rencong, Pallava, Kawi dan Sanskrit seterusnya Jawi
              berkembang ke seluruh kepulauan Melayu sebelum diambil alih oleh tulisan Rumi. Ia adalah
              hasil proses  dan evolusi  berterusan dengan budaya  asing  melalui perkembangan agama,
              perdagangan, perkahwinan silang, penjajahan, pemindahan kemahiran, teknologi  serta
              pertukaran budaya yang mewujudkan kepelbagaian etnik berdarah Melayu dan rumpun bahasa
              Melayu di seluruh pelusuk Nusantara serta rantau Polinesia.
              Kebiasaannya sesebuah bahasa, ras dan budaya mengalami beberapa proses evolusi seperti;
                1.  Amalgamasi – proses sosial yang terbentuk apabila sesebuah ras atau budaya bercampur
                   lalu membentuk  satu  ras  dan budaya baharu.  Contohnya  seperti  perkahwinan campur
                   antara ras etnik yang berbeza seperti ras Asia dan ras Eropah yang membentuk ras Pan
                   Asia.
                2.  Asimilasi  –  proses  sosial  yang terbentuk  apabila  sesebuah kelompok minoriti perlu
                   menyesuaikan  diri  atau adaptasi  dengan budaya serta cara hidup  golongan majoriti
                   setempat yang lebih dominan. Kesannya ia membentuk satu nilai dan budaya yang sama,
                   sebati dan diterima oleh kaum majoriti. Contohnya kaum minoriti Cina di Kelantan fasih
                   berdialek Kelantan, berbudaya Melayu namun masih menganut Buddha sebagai agama
                   tradisi.
                3.  Akulturasi – Proses sosial yang terbentuk apabila sekelompok manusia telah mengambil,
                   mengubahsuai, menerima dan menerap unsur-unsur budaya luar menjadi budaya sendiri
                   tanpa menghilangkan identiti dan jati diri budaya asal. Contohnya dari aspek pemakaian,
                   makanan, hiburan dan sebagainya seperti pemakaian jubah, baju kurta, nasi biryani, irama
                   dangdut,  rap dan tarian zapin  diubahsuai  oleh  orang Melayu sesuai  dengan cita  rasa
                   tempatan.
                4.  Akomodasi – proses sosial yang terbentuk apabila setiap golongan etnik merasa selesa
                   dengan budaya hidup masing-masing namun perlu menyesuaikan diri atau berintegrasi
                   supaya selari dengan budaya, norma serta nilai-nilai  setempat  yang dikongsi bersama.
                   Contohnya kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia yang mempunyai adat, budaya
                   serta agama berbeza namun boleh hidup secara harmoni.

              Kaedah Penyelidikan
              Kajian ini cuba menghuraikan etimologi asal-usul dan makna perkataan Cekak yang digunakan
              oleh Silat Cekak melalui Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) dari perspektif budaya
              Melayu dihuraikan secara ringkas melalui kaedah penelitian dokumentasi.

              Terdapat enam garis panduan meneliti etimologi dalam penggunaan perkataan bahasa Melayu
              seperti  mana menurut  Collins  (2003),  antaranya yang paling utama  adalah  menelusuri
              kewujudan dan  penggunaan sesebuah perkataan dalam bahasa Melayu  melalui penelitian
              sumber dokumentasi seperti teks-teks dan manuskrip lama. Ini termasuklah penelitian terhadap


                                                                                                        2
                                                           Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-52 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia  191
              Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
   220   221   222   223   224   225   226   227   228   229   230