Page 229 - LAPORAN TAHUNAN 2023 PSSCM | MAP52
P. 229

Jurnal Dunia Pengurusan
                                                                           e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 5, No. 3, 1-14, 2023
                                                                              http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

              Mempertahankan Diri Rasmi Negara (2015), melaksanakan program 1 Sekolah 1 Silat (2016)
              dan sebagai  Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan oleh  Pertubuhan Pendidikan,
              Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO-PBB) pada tahun
              2019. Usaha ini turut dilakukan oleh Indonesia ke atas pencak silat (Catur Sutantri, 2018). Kini
              terdapat  sejumlah  446  buah silat  di  Malaysia  (PSSCM,  2016) yang bernaung di  bawah
              Persekutuan  Silat  Kebangsaan Malaysia (PESAKA) sejak  September  1983 yang fokusnya
              lebih kepada silat olahraga. Sementara Persatuan Dunia Seni Silat Melayu (DSSM) ditubuhkan
              pada tahun 2013 menaungi ratusan pertubuhan seni silat di Malaysia yang memfokuskan aspek
              kesenian dalam ilmu persilatan.

              Asal - Usul Silat Cekak
              Kajian-kajian Janudin & Yusoff (2019 & 2020a) terhadap ilmu Seni Silat Cekak Malaysia
              menyatakan Silat  Cekak mempunyai  sejarahnya yang tersendiri  dari  segi  asal-usul
              persejarahannya meliputi nama-nama buah silat serta tokoh-tokoh pengembangnya yang selari
              dengan perkembangan sejarah negara. Silat ini mempunyai perkaitan dengan Wan Ismail bin
              Wan Muhammad Long  bin  Wan Johan;  seorang Laksamana DiRaja  seterusnya menjadi
              Penghulu Mukim di Kerian, Kedah Darul Aman yang hidup sekitar tahun 1800an - 1910an.
              Silat ini pernah diamalkan oleh para panglima dan pendekar Melayu sewaktu berkecamuknya
              Perang Kedah-Siam yang dikenali sebagai Perang Musuh Bisik (1821-1842). Beliau membawa
              ilmu silat ini secara warisan atau genealogi dari salasilah dan sanad keturunan bangsawan
              Kedah iaitu ‘Wan’ sebelum amanah, sanad perguruan dan sanad keilmuan diserahkan kepada
              bukan dari jurai keturunan Wan pada tahun 1897 sehingga kini.

              Terdapat 13 buah nama persatuan silat dikenal pasti turut menggunakan nama silat Cekak di
              Malaysia (Janudin, 2021c: 28). Namun aliran Silat Cekak yang dikembangkan di atas nama
              Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) memiliki asas penubuhan pada 28 Disember
              1965 dan dikembangkan menerusi Perkumpulan Seni Sari Budaya Sri Kedah pada Februari
              1966. Ia kemudiannya  didaftarkan sebagai  Persatuan  Seni  Silat  Chekak Kedah Malaysia
              (PSSCKM) pada tahun  1967 sebelum dijenamakan sebagai  Persatuan Seni  Silat  Cekak
              Malaysia - PSSCM pada 19 Ogos 1971 kekal dengan sanadnya yang asli dan tersusun dari segi
              kronologi persejarahan  (Janudin, 1998: 46,61;  Janudin et al., 2018).  PSSCM  merupakan
              pemilik mutlak kepada Silat Cekak ini berdasarkan perlembagaannya (PSSCM, 2023:10).

              Etimologi Cekak dalam Budaya Persilatan
              Dari  sudut bahasa perkataan  Cekak  merupakan  satu perbuatan  yang menggunakan tangan
              dengan cara menggenggam  bagi  tujuan seperti  mengelompokkan, menggabungkan,
              menyatukan,  menggemal  dan merangkai  sesuatu ikatan. Maksud  perkataan ini turut  sama
              seperti bahasa Brunei. Perbuatan mempunyai kesamaan ejaan dan sebutan Cekak adalah;
              Cekau  - Menangkap dengan tangan
              Cekik  - Mencengkam leher sehingga tidak boleh bernafas
              Cekuk  - Menekan leher sehingga lemas

              Perbuatan-perbuatan di atas turut terkandung di dalam buah-buah ilmu persilatan Silat Cekak
              dan juga silat-silat Melayu yang lain. Sementara perkataan Cekak mula diterangkan secara
              bertulis oleh  PSSCM pada tahun  1976 mengandungi  beberapa makna dan tafsiran yang
              menerbitkan nama Silat  Cekak (PSSCM,  1976: 34-35). Antaranya  ‘Makan Cekak’  yang
              merupakan sebuah perkataan Melayu  lama dan sebuah simpulan  bahasa yang popular di
              sebelah utara Semenanjung Malaysia terutamanya di negeri Kedah Darul Aman. Makan Cekak
              membawa erti bertanggungjawab. Sebagai contoh sekiranya ada suatu pekerjaan yang hendak
              dilakukan maka seseorang akan menyebut;


                                                                                                        6
                                                           Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-52 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia  195
              Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
   224   225   226   227   228   229   230   231   232   233   234