Page 232 - LAPORAN TAHUNAN 2023 PSSCM | MAP52
P. 232

Jurnal Dunia Pengurusan
                                                                          e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 5, No. 3, 1-14, 2023
                                                                            http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

             langkah, serangan dan belaan (Ediyono,  2014). Janudin  (1998:111,153)  pernah
             menggambarkan kelebihan berdiri lurus ini dalam bait-bait rangkap berikut;
                                                Dengan berdiri lurus
                                               Mata bertentang mata
                                            Hati tenang tangan bersedia
                                                  Kaedah tercipta
                                                  Langkah dibuka
                                                 Sasaran mengena
                                             Musuh parah tiada bicara

             Cekak  juga bererti  Pegangan  iaitu  silat  ini mempunyai  pendirian, iktikad  keagamaan dan
             tujuannya tersendiri seperti yang terkandung di dalam visi, misi, matlamat dan strategi PSSCM
             (PSSCM, 2016: 26-29). Kebaikan dan keberkatan sesuatu ilmu silat yang dipelajari itu dapat
             dilihat sekiranya ia dapat melahirkan insan yang berani, amanah, berintegriti serta memberikan
             manfaat kepada orang lain. Oleh demikian mempelajari ilmu silat bukan bertujuan bermegah-
             megah, suka menceroboh dan khianat sebaliknya bermatlamat menjaga diri, agama, bangsa dan
             negara. Keindahan penggunaan perkataan Cekak turut  dinukilkan  di  dalam lapan rangkap
             pantun Silat Cekak (PSSCM, 1976) yang menggambarkan ketinggian falsafah dan pemikiran
             penciptanya (Janudin, 1998:116-122).

             Cekak juga bermaksud Menggemal iaitu perbuatan mencekak sesuatu dengan kedua-dua belah
             tangan agar tidak terlepas. Ia melambangkan ilmu Silat Cekak berasal dari ilmu-ilmu perdu
             dari pelbagai gerakan persilatan yang dikumpul, digemal dan diikat agar cantik tersusun dan
             mudah dibawa. Di Rajah 2 logo PSSCM terdapat gambar segemal padi yang diikat bermaksud
             Silat Cekak lahir dari masyarakat petani yang resminya makin berisi makin tunduk (PSSCM,
             1990:7). Logo menurut Pramungkas dan Indrawan (2021: 68-69)  merupakan simbol yang
             dapat menafsirkan visi dan misi sesebuah organisasi.














                    Rajah 2: Bentuk segemal padi dalam logo Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia - PSSCM

             Di segi  praktikalnya  para penuntut Silat  Cekak diasuh  agar  bersatu  dan berjasa kepada
             perguruan serta persatuan. Mereka perlu bertawaduk, tidak angkuh dan sentiasa memberikan
             manfaat kepada masyarakat seperti mana semakin banyak tangkai berisi padi maka semakin
             banyak manfaatnya kepada manusia.  Ini bertepatan dengan Surah al-Baqarah, ayat 261;

                  Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti
                  sebiji  benih  yang tumbuh  menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula
                  mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa
                  yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu
                  pengetahuan-Nya.




                                                                                                      9
        198  Laporan Tahunan 2023 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
             Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
   227   228   229   230   231   232   233   234   235   236   237