Page 227 - LAPORAN TAHUNAN 2023 PSSCM | MAP52
P. 227

Jurnal Dunia Pengurusan
                                                                           e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 5, No. 3, 1-14, 2023
                                                                              http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg




































                   Rajah 1: Garis masa kewujudan sebahagian kerajaan-kerajaan Melayu utama di Alam Melayu

              Narayanen et al., (2018) dan Muhammad Abd Razak (2021) menyatakan tamadun Melayu
              Kedah Tua wujud lebih 1000 tahun lebih awal iaitu sejak tahun 788 masihi melalui penemuan
              kompleks peleburan besi di Sungai Batu menjadikan Kedah sebagai wilayah pengeluar besi
              utama Asia Tenggara. Sementara tamadun Melayu beraja muncul di Kedah pada tahun 630
              masihi setelah runtuhnya empayar Melayu Funan pada tahun 628 masihi (Janudin & Yusoff,
              2022:21-22).  Terbinanya Candi  Borobudur  oleh dinasti Sailendra  -  Sriwijaya serta Candi
              Prambanan oleh  dinasti Mataram  adalah selari  dengan pembinaan pusat  pemerintahan dan
                                                                     2
              bertakhtanya kerajaan Kedah Tua di Kota Bukit Meriam  sewaktu pemerintahan Raja Kedah
              ke 5; Seri Paduka Maharaja Kerma (842-910 masihi) mengikut versi Al Tarikh Salasilah Negeri
              Kedah (ATSK) atau Raja ke 6 Phra Ong Mahaputisat (880-956 masihi) seperti mana versi
              Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) yang ketika itu dinaungi Sriwijaya sejak tahun 683
              masihi (Janudin & Yusoff, 2022:23; Janudin, 2023:4,9).

              Menurut Adam (2019: 231, 267); Janudin dan Yusoff (2021a: 73-74), pusat Kedah Tua terletak
              di  Lembah Bujang berasal  dari perkataan  Bujangga  yang sinonim dengan gelaran seorang
              bangsawan Pasai bernama Bujangga Baja Raya yang sering berperang menggunakan perisai
              besi (Russell, 1999). Sememangnya Kedah Tua memiliki hubungan erat dengan Sumatera atau
              Pulau  Perca sebelum 600M  lagi. Justeru  timbul persoalan  apakah bentuk  dan jenis  ilmu
              pertahanan diri  yang digunakan oleh  masyarakat  Melayu  Kedah Tua untuk berperang dan
              mempertahankan diri dari serangan luar selama mana ia berada di bawah naungan kerajaan



              2  Tamadun purba di Jawa, Sumatera atau di Cambodia terbina pada abad ke 6 bersifat Agraria-Maritim berasaskan
              pertanian, justeru kawasan-kawasan ini wujud pelbagai monumen seperti candi. Berbanding dengan tamadun
              Kedah Tua bersifat Maritim dengan perairan Lembah Bujang di sepanjang Selat Melaka serta Sungai Bujang,
              Sungai Batu, Sungai Muda dan Sungai Mas sebagai pusat pengeluar besi dan pelabuhan utama bagi perdagangan
              di  Semenanjung Tanah Melayu yang memiliki  laluan air rentas  wilayah menghubungkan  barat dan  timur
              semenanjung. Sementara tamadun di Borneo bersifat Pemburu-Pemungut yang berpindah-randah sesuai dengan
              bentuk muka buminya yang bergunung ganang, berhutan tebal serta bersungai-sungai.

                                                                                                        4
                                                           Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-52 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia  193
              Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
   222   223   224   225   226   227   228   229   230   231   232