Page 226 - LAPORAN TAHUNAN 2023 PSSCM | MAP52
P. 226

Jurnal Dunia Pengurusan
                                                                          e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 5, No. 3, 1-14, 2023
                                                                            http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

             aspek sejarah dan geografi  bagi  mengetahui sudut  pandangan serta pemikiran sesebuah
             masyarakat, bagaimana ia dieja, berbunyi dan apakah maknanya sama atau berbeza disebabkan
             faktor kepelbagaian dialek-dialek tempatan mahupun daerah.

             Collins (2003) menyatakan agak sukar merujuk etimologi bahasa Melayu kerana ketiadaan
             kamus khas berkaitan yang pernah diterbitkan. Menurut Zain (2021:105-106) keterbatasan ini
             menyebabkan bahasa Melayu  dipandang negatif oleh  masyarakat  awam termasuk  dalam
             kalangan para ilmuwan Melayu dan asing kononnya bahasa Melayu begitu miskin dan hanya
             mempunyai  beberapa kosa kata sahaja.  Pada tahun 2020 kamus  etimologi  rumpun  bahasa
             Melayu diterbitkan di Malaysia sedangkan Indonesia dan Australia merintisnya sejak tahun
             1986. Dalam mencari  asal-usul perkataan  Cekak  serta kaitannya dengan budaya Melayu
             sebanyak 48 buah sumber dokumentasi dan dua sumber internet dijadikan rujukan silang.

             Asal-Usul Silat: Merungkai Persoalan Baharu
             Silat merupakan sejenis ilmu seni bela diri yang berasal dari kepulauan Melayu atau Nusantara
             yang berakar kata dari  perkataan  elat  atau ilat  yang bermaksud  tipu muslihat dengan cara
             mengelak dan mengelat mengikut loghat utara terutamanya di Kedah (Dewan Bahasa Edisi
             Keempat, 2010). Oleh demikian berkemungkinan silat berasal dari kata gabungan si elat atau
             si ilat yakni merujuk kepada orang yang pandai tipu muslihat. Menurut Janudin (1998: 12-21)
             dari segi teori silat dikatakan berasal-usul dari ilham pergerakan alam seperti bunga, haiwan,
             air  sungai,  mimpi, berguru,  saka atau  warisan keturunan.  Berdasarkan  kefahaman para
             pengamal ilmu Seni Silat Cekak Malaysia, silat merupakan ilmu bela diri orang Melayu yang
             berseni,  bermutu  dan boleh  dipertanggungjawabkan untuk  menjaga diri  serta melibatkan
             penggunaan dan pergerakan kedua-dua belah  tangan, kaki  serta  akal  yang sihat  (PSSCM,
             1976). Janudin (1998: 5-6) menyatakan silat berperanan sebagai seni budaya, bela diri, ilmu
             kebatinan dan kesukanan selain berfungsi sebagai  mekanisme kawalan  keselamatan,
             pembentukan akhlak serta pembangunan komuniti (Janudin, 2020b).

             Agak sukar menentukan siapa pencipta asal ilmu ini, bila dan di mana ilmu ini berkembang
             kerana bahan penulisan berkaitannya amat terbatas  dan hanya berdasarkan lisan yang
             diperturunkan dari satu generasi kepada generasi. Melalui penelitian Alexander et al., (1970)
             di Indonesia menyatakan ilmu bela diri dan bermain senjata yang dikenali sebagai Penjak Silat
                                                                       1
             telah wujud sejak zaman Sriwijaya pada abad ke 6 masihi  berasaskan catatan pengembara
             China, I-Tsing yang melihat para sami Hindu dan Buddha di Jawa dan Sumatera mempelajari
             ilmu bela diri sebelum menjelajahi kepulauan Melayu sekitarnya untuk mengembangkan ajaran
             agama tersebut. Ia juga berdasarkan penemuan beberapa relik pahlawan bersenjata terukir di
             Candi Bororbudur yang dibina pada tahun 842 masihi serta di Candi Prambanan pada tahun
             850 masihi. Ilmu persilatan kemudiannya terus berkembang ke seluruh kerajaan Melayu di
             Alam Melayu seperti mana Rajah 1.












             1  Sriwijaya berpusat di Palembang, Sumatera diasaskan pada tahun 671 masihi oleh Dapunta Hyang Rajanasa.
             Kerajaan ini  membentuk sebuah  Kedatuan  atau kesatuan dengan  meluaskan empayar kekuasaannya  ke
             Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Segenting Kra, kepulauan Borneo serta Jawa sebagai wilayah jajahan atau
             Mandala sebelum runtuh akibat serangan angkatan tentera Chola pada 1025 masihi.

                                                                                                      3
        192  Laporan Tahunan 2023 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
             Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
   221   222   223   224   225   226   227   228   229   230   231